Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan menyeluruh selepas wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan itu ketika dipanggil memberi keterangan Sabtu lepas.
Beliau berkata, kertas siasatan dibuka terhadap kedua-dua individu tersebut bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan jika sabit kesalahan, pasangan itu boleh dikompaun sehingga RM10,000.
Rentas Negeri Yang Mencari Nahas
Ashari juga mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan dengan menjalankan program atau aktiviti peribadi lain serta bercanggah dengan alasan diberikan ketika memohon pergerakan rentas negeri.
Sebelum ini, tular di media sosial pasangan berusia 20-an berkenaan dikatakan menggunakan alasan urusan perniagaan untuk merentas negeri tetapi sebaliknya pergi berbulan madu di sebuah pusat peranginan di Johor Bahru serta memuat naik gambar mereka di media sosial Jumaat lepas. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..