Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata, misi bantuan segera itu akan diselaras oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang Mohd Johari Hussain, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman.
“Keutamaan kerajaan negeri ialah aspek kesihatan dan kebajikan penduduk di pulau tersebut. (Terdapat) seramai 860 keluarga yang diharapkan tidak terkesan teruk daripada pelaksanaan PKPD bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Punca Pelaksanaan PKPD Tioman
“Saya berharap penduduk terlibat bersabar dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta mematuhi semua prosedur operasi standard yang ditetapkan,” menurutnya menerusi kenyataan semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan pelaksanaan PKPD di Pulau Tioman mulai hari ini hingga 29 Mac selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti tinggi.
Beliau berkata, sehingga 14 Mac, KKM telah melaksanakan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes positif direkodkan. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..