Monday, 29 March 2021

Punca Kerajaan Tidak Dipanggil Sidang Iklim Dunia Tersebar?

Punca Kerajaan Tidak Dipanggil Sidang Iklim Dunia Tersebar? | Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan mengenai pengecualian Malaysia dari sidang kemuncak mengenai iklim yang mengundang pemimpin dunia dari 40 negara.

Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Iklim, yang dianjurkan dan dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden itu, akan berlangsung secara maya pada 22 dan 23 April dan bakal disiarkan secara langsung untuk tontonan umum.

Dalam catatan di Facebook, Ahli Parlimen Pekan itu turut mempersoalkan sama ada pengecualian Malaysia berikutan negara sedang dilihat ketinggalan dalam usaha menentang perubahan iklim dan pencemaran.

“Mengapa pula Malaysia tidak diundang jika ia adalah melalui kaedah persidangan dalam talian?

Punca Kerajaan Tidak Dipanggil Sidang Iklim Dunia Tersebar?

“Sambungan internet Malaysia tak stabil ke?,” soal beliau.

Najib turut memetik beberapa nama pemimpin dunia dari negara yang diundang ke sidang kemuncak itu, termasuk dari negara jiran iaitu Presiden Indonesia Jokowi, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.

Penganjuran sidang kemuncak Biden itu merupakan percubaan terbaharu dari Rumah Putih untuk beralih fokus kepada isu global susulan kekalahan pilihan raya Donald Trump.

Terdahulu, Rumah Putih dalam kenyataan berkata Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim akan menekankan kepentingan segera – dan faedah ekonomi – tindakan iklim yang lebih kukuh.

Punca Kerajaan Tidak Dipanggil Sidang Iklim Dunia Tersebar?

Katanya, ia akan menjadi tonggak utama perjalanan menuju Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP26) November ini di Glasgow.

Pada hari pertama beliau sebagai presiden, Biden menandatangani 15 arahan eksekutif sejurus mengangkat sumpah dengan menterbalikkan polisi Donald Trump termasuk penyertaan semula perjanjian perubahan iklim Paris. - fmt





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan