Wednesday, 31 March 2021

Punca Afdlin Shauki Sertai PKR Tersebar

Punca Afdlin Shauki Sertai PKR Tersebar | Penghibur popular tanah air Afdlin Shauki menyertai PKR sebagai wadah perjuangan politiknya.

Afdlin dipetik Astro Awani berkata semangat kental Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi sumber inspirasinya.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui.

Punca Afdlin Shauki Sertai PKR Tersebar

"Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar  Ibrahim itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afdlin.

Selain Afdlin, penyanyi Altimet juga dispekulasi akan menyertai PKR, lapor Astro Awani lagi.

Sementara itu, Afdlin berkata keputusannya menyertai PKR atas kemahuannya sendiri walaupun dia pernah bersama wadah politik Umno.

“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. 

"Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

Punca Afdlin Shauki Sertai PKR Tersebar

“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. 

"Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin. - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan