Saturday, 27 March 2021

Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB

Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB | Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Umno parti politik paling banyak menerima wang perolehan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin dalam hujahannya berkata jumlah keseluruhan yang diterima sama ada di peringkat Umno pusat, Umno negeri mahupun Umno bahagian adalah sebanyak RM514,848,878.29.

“Hasil analisis jejakan kewangan menggunakan kaedah ‘First In, First Out’ (FIFO) oleh pegawai penyiasat antipengubahan wang haram Foo Wei Min mendapati Umno parti politik yang paling banyak menerima wang perolehan 1MDB yang diselewengkan menerusi akaun AmBank 9694 milik Najib.

“Sebanyak 26 parti politik telah menerima wang perolehan haram daripada 1MDB daripada Najib menerusi cek akaun AmBank bernombor 9694 berjumlah RM546,293,378.29,” katanya pada pendengaran permohonan bagi melucutkan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama dan wang tunai, jam tangan serta 27 kereta yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor serta 16 pihak lain.

Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB

Faten Hadni berkata tiada penjelasan logik berhubung aliran dana berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

“Wang berjumlah RM2,973,896,219.96 yang berpunca daripada 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun Najib tanpa sebarang justifikasi dari sudut komersial atau perniagaan. Hasil siasatan pegawai penyiasat 1MDB D Rajagopal dan Foo menunjukkan jejak aliran daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib melalui tiga peringkat.

“Najib telah menerima wang yang diseleweng daripada 1MDB melalui tiga peringkat iaitu melalui Good Star Limited sebanyak USD120 juta (RM369,029,514) bermula 24 Feb 2011 sehingga 15 Ogos 2012 menerusi lima transaksi.

“Seterusnya daripada syarikat Aabar sebanyak USD170 juta (RM523,389,779.96) bermula 30 Dis 2011 sehingga 19 Nov 2012 menerusi enam transaksi. Peringkat terakhirnya adalah menerusi Tanore sebanyak USD681 juta (RM2,081,476,926) dengan dua transaksi bertarikh 21 Mac 2013 dan 25 Mac pada tahun yang sama,” katanya.

Faten Hadni berkata analisis dan jejakan kewangan menggunakan kaedah FIFO ke atas penyata akaun bernombor 9694 milik Najib mendapati RM2,034,350,000 telah dipulangkan semula ke akaun Tanore.

“Tidak ada penjelasan logik mengapa akaun ini menerima sejumlah besar wang itu. Responden (Najib) mengatakan bahawa ia adalah dana daripada Raja Arab Saudi. Itu saja yang kami dapat menemukan dalam kenyataannya. Tiada penjelasan lanjut untuk menjelaskan bagaimana aliran wang ini bukan merupakan sebahagian daripada pengubahan wang haram.

“Yang Arif, tidak ada penjelasan diberikan mengapa derma yang dikatakan itu dikembalikan kepada Tanore,” katanya.

Beliau menambah selain untuk kegunaan sendiri, Najib telah memindah dan menyalurkan sebahagian dana itu kepada empat kategori iaitu pertama ke dalam akaun peribadinya dengan nombor berakhir 1880, entiti perniagaan, parti-parti politik dan individu-individu.

Faten Hadni berkata terdapat pemindahan wang daripada akaun AmBank 9694 ke dalam akaun AmBank bernombor 1880 dan siasatan menunjukkan wujudnya penggunaan Akaun AmBank 1880 untuk proses perlapisan dana perolehan haram 1MDB sebelum wang disalur kepada dua akaun bank lain yang juga dimiliki Najib.

“Akaun 9694 telah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan baki dalam akaun sebanyak RM161,411,646.34 telah dipindahkan ke dalam akaunnya (1880) yang baru dibuka pada hari yang sama.

“Tiada transaksi penggunaan daripada akaun 1880 ini sebaliknya ia digunakan sebagai akaun perlapisan untuk memindahkan baki wang 1MDB bernilai RM161,411,646.34 tersebut kepada dua akaun AmIslamic Bank bernombor akhir 1906 dan 1898 milik Najib.

Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB

“Kaedah FIFO yang digunakan ke atas siasatan jejakan kewangan bagi kedua-dua akaun AmIslamic ini mendapati berlaku penggunaan dana haram 1MDB dengan corak yang sama seperti akaun AmBank 9694 di mana wang telah disalurkan kepada parti politik, individu dan entiti perniagaan,” katanya.

Dalam notis usul lucut hak itu, Pendakwa Raya menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho), Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Antara barangan yang disita itu ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, USD100, Hryvnies (Ukraine) 376, 20 Euro, France 50, 10 Rand Afrika Selatan, SGD40, Riyal 531, Peso Filipina 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baharu) yang disita pada 17 Mei 2018 oleh pihak polis.

Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat jam tangan pelbagai jenama, empat beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.

Sebanyak 27 kereta jenama Nissan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain sebidang tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB

Prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung pada 1 dan 23 April serta 18 Jun untuk hujahan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib. - fmt





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan