Wednesday, 10 March 2021

Pelik.. Yang Buat Aduan Pulak Kena Siasat

Pelik.. Yang Buat Aduan Pulak Kena Siasat  | Polis akan mengambil keterangan individu yang dipercayai menyebarkan dakwaan kakitangan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang cuba memotong barisan sebagai penerima awal suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata pihaknya telah menghubungi suspek berkenaan yang berada di Putrajaya untuk menetapkan tarikh bagi merekodkan keterangannya itu.

“Dalam siasatan setakat ini, polis juga sudah mengambil keterangan daripada tujuh saksi,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2.

Pada 3 Mac lepas, Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Mohamad Taufik Ramli membuat laporan polis berhubung perbuatan individu yang menyebar maklumat kononnya ‘200 ahli SUK Kelantan’ cuba memotong barisan sebagai penerima vaksin Covid-19.

Pelik.. Yang Buat Aduan Pulak Kena Siasat 

Sebelum ini, tular di media sosial antaranya Twitter yang memaparkan tangkap layar mesej mendakwa suntikan vaksin Covid-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada ‘200 ahli SUK’.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata polis juga menerima laporan berhubung gambar tular memaparkan pembonceng dan penunggang motosikal yang merupakan pelajar sekolah menengah yang memakai seragam sekolah dengan diconteng tulisan berunsur lucah mempersendakan guru.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan kedua-dua pelajar terlibat sudah diambil keterangan…jadi kita akan tunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya.

Ditanya mengenai tahap kepatuhan SOP di sekolah di seluruh Kelantan, Shafien berkata berdasarkan beberapa laporan yang diterimanya, sekolah di negeri itu mematuhi SOP yang ditetapkan sejak ia dibuka semula minggu lepas.

Pelik.. Yang Buat Aduan Pulak Kena Siasat 

“Bagaimanapun, saya juga akan turun ke sekolah-sekolah dengan lebih kerap untuk memantau pematuhan SOP di sekolah,” tambahnya. - fmt



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




1 comment:

  1. Halo semuanya

    Nama saya Ahamad Faudzi Abd dari MALAYSIA. Saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada hal baik yang bisa keluar dari transaksi online tetapi semua keraguan saya segera hilang dan hilang ketika teman saya pertama kali memperkenalkan saya ke perusahaan ALL GLOBAL HADIAH PINJAMAN, saya pikir itu akan tetap menjadi permainan curang yang sama, tetapi teman saya meyakinkan saya, dan saya juga melihat kesaksian orang lain, saya harus memaksakan diri untuk mengikuti semua proses, pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan, saya mendapat pinjaman RM 5.000.000 di rekening bank MUAMALAT saya Ketika saya diberitahu di telepon saya, saya tidak pernah percaya, ternyata saya bergegas ke bank untuk memastikan bahwa itu benar dan nyata, dan pinjaman itu ada di akun, saya menariknya tanpa komplikasi dan menginvestasikannya dalam bisnis saya Venture.

    Jika Anda menginginkan pinjaman hari ini untuk bisnis dan untuk memulai kehidupan, perusahaan, dan kontrak besar Anda, Silakan hubungi SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL di email mereka di bawah ini.
    Email ............. allglobalgrantloan@gmail.com

    Dan jika Anda menginginkan informasi yang benar dari saya, maka Anda dapat menghubungi saya di email pribadi saya (aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com)

    Saya adalah seorang PENGEMUDI TRUK biasa, tetapi sekarang saya memiliki TRUK dan saya menjadi pemasok besar, saya jamin semua bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman dari PERUSAHAAN yang baik ini.

    PERUSAHAAN: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBALmail: allglobalgrantloan@gmail.com
    Telp ............. +1(301)971-4445
    e_mail .......... [aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com]

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan