Monday, 15 March 2021

Pelik Tapi Benar.. Polis Saman Polis

Pelik Tapi Benar.. Polis Saman Polis | Polis Kedah menyaman beberapa pegawai, anggota serta kakitangannya atas kesalahan melanggar undang-undang jalan raya, seperti nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

Menurut kiriman di halaman rasmi Polis Kedah di Facebook hari ini, pemeriksaan mengejut dilakukan di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah.

“Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan,” menurut kiriman tersebut.

Pelik Tapi Benar.. Polis Saman Polis

Menurut pengendali halaman Facebook tersebut di ruangan komen, tindakan berkenaan dibuat susulan pertikaian daripada pengguna media sosial yang mendakwa polis tidak mengambil tindakan terhadap anggotanya.

“Haritu pertikai polis tidak saman polis. Ini dah saman, pertikai betul ke tidak,” katanya. - fmt




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan