Friday, 5 March 2021

PAS Takut Hilang Kuasa?

PAS Takut Hilang Kuasa? | PAS memandang serius isu kerjasama semua parti politik Melayu yang disifatkannya sebagai penting dalam konteks masa depan politik negara.

Sehubungan itu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu menolak sebarang bentuk dan usaha ke arah penjajaran baru melibatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau sekutunya.

"PAS komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama tiga serangkai utama parti Melayu-peribumi Umno, Bersatu dan PAS, bersama rakan-rakan sekutu yang lain demi kelangsungan pemerintahan negara yang diterima baik oleh majoriti besar rakyat yang tidak mahu lagi sejarah hitam lampau berulang kembali," katanya dalam kenyataan hari ini.

PAS Takut Hilang Kuasa?

Takiyuddin dipercayai merujuk ungkapan "sejarah hitam lampau" itu kepada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum gabungan itu dijatuhkan melalui Langkah Sheraton pada Feb tahun lalu.

Untuk rekod hubungan dua parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional - Umno dan Bersatu - kini keruh dan kian menegang berhubung beberapa isu.

Misalnya desakan sebahagian pemimpin agar Dewan Rakyat bersidang serta dakwaan Bersatu "melemahkan" Umno. 

Dalam keadaan begitu PAS meletakkan kedudukannya dalam kedua-dua parti terbabit, masing-masing melalui Muafakat Nasional dengan Umno dan PN bersama Bersatu.

Umno juga didakwa sedang menjalin hubungan dengan PKR serta dituduh sedia menerima DAP sebagai sebahagian daripada sekutu mereka.

Surat ada implikasi besar

Tambah Takiyuddin PAS amat yakin segala perbezaan, pertikaian serta salah faham yang wujud dapat diselesaikan serta diharmonikan oleh pimpinan parti demi agenda kepentingan negara.

PAS Takut Hilang Kuasa?

Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat mengatakan jalinan kerjasama dengan Bersatu akan berakhir sebaik sahaja pilihan raya umum (PRU) ke-15 bermula.

Surat bertarikh 26 Feb itu juga menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN boleh diteruskan hanya setakat pembubaran parlimen.

Ekoran daripada itu Bersatu mengadakan mesyuarat majlis pimpinan tertingginya (MPT) di Putrajaya semalam, antara lain bagi membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan Umno.

Bagaimanapun, selepas kira-kira dua jam bermesyuarat MPT Bersatu tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungan parti itu dengan Umno.

Namun, setiausaha agungnya Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata Bersatu memandang serius kandungan surat yang dihantar Ahmad Zahid yang kandungan surat itu disifatkan parti mempunyai implikasi besar terhadap kerjasama di antara Bersatu dan Umno pada masa hadapan.

Menurut Takiyuddin PAS juga akan meneruskan agenda memperkukuh "perpaduan ummah" yang menjadi asas kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional.

PAS Takut Hilang Kuasa?

Pada masa sama katanya PAS juga akan mempertahan PN di semua peringkat dan menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan yang terjalin. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan