Dr Rafidah sebelum ini membangkitkan dakwaan mengenai aduan bahawa pegawai dari pejabat setiausaha negeri (SUK) Kelantan berusaha untuk memotong barisan penerima vaksin Covid-19.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh kerajaan negeri Kelantan, yang membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Ordinan Darurat Mengenai Berita Palsu Akan Dikenakan Pada Dr. Rafidah Abdullah?
Walaupun kerajaan Kelantan menafikan dakwaan berkenaan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan kerajaan negeri menyusun semula senarai penerima vaksin Covid-19 terawal pada 2 Mac.
Satu sumber berkata kepada Malaysiakini, penyusunan semula berkenaan berkemungkinan dibuat selepas isu dakwaan berlakunya 'potong giliran' penerima vaksin.
Dalam pada itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin meminta agar pemberi maklumat dilindungi.
Peruntukan Ordinan Darurat mengenai berita palsu antara lain, memperuntukkan denda RM100,000, hukuman penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi penerbitan dan penyebaran "berita palsu" yang berkaitan Covid-19 atau Proklamasi Darurat.
Ordinan Darurat Mengenai Berita Palsu Akan Dikenakan Pada Dr. Rafidah Abdullah?
Mereka yang menerbitkan "berita palsu" akan diberikan notis 24 jam untuk menarik balik catatan tersebut atau dikenakan denda RM100,000. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..