Monday, 8 March 2021

MP PKR Buat Laporan SPRM Berkenaan Tawaran Kerajaan PN

MP PKR Buat Laporan SPRM Berkenaan Tawaran Kerajaan PN | Ahli Parlimen Sekijang daripada PKR, Natrah Ismail hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan percubaan mendapatkan sokongannya dengan janji manfaat yang boleh diperolehi dengan pemberian sokongan tersebut.

Ia susulan dakwaannya sebelum ini bahawa dia dikunjungi dua individu yang bertanya sama ada dia berminat untuk menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atau tidak serta memaklumkan manfaat yang akan diperolehinya, pada 3 Mac lalu.

"Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.

"Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.

MP PKR Buat Laporan SPRM Berkenaan Tawaran Kerajaan PN

Terdahulu, Natrah mendakwa dia dikunjungi dua individu tersebut, termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’, pada 3 Mac lalu.

"Mereka bertanya apakah saya berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin serta manfaat yang boleh diperolehi dengan pemberian sokongan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan lebih lanjut identiti dua individu yang mengunjunginya itu atau butiran tawaran yang diterimanya jika menyokong kerajaan PN.

Selain Natrah, seorang lagi ahli Parlimen PKR, Awang Husaini Sahari (Putatan) turut membuat dakwaan serupa.

Dalam kenyataan kelmarin, dia berkata dihubungi individu yang membuat tawaran kepadanya sebagai pertukaran untuk sokongannya kepada Muhyiddin.

Ekoran daripada itu, SPRM menggesa Natrah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tawaran sogokan kepada ahli Parlimen untuk tampil membuat laporan dengan mereka.

Mengulas lanjut, Natrah sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin serta tidak akan mengkhianati parti dan pimpinannya.

MP PKR Buat Laporan SPRM Berkenaan Tawaran Kerajaan PN

Malah, tegasnya dia tidak akan mengkhianati pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.

"Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen PKR atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.

"Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata: “Lawan!”," tambahnya. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan