Wednesday, 3 March 2021

Kerajaan PN Gagal Selama Setahun Pemerintahan.. Ini Buktinya

Kerajaan PN Gagal Selama Setahun Pemerintahan.. Ini Buktinya | Presiden Warisan Shafie Apdal dan pengerusi penaja parti Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, belum ada agenda, misi dan pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang setahun pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan bersama, hari ini, Shafie dan Syed Saddiq berkata, rakyat sebelum ini hanya dimomokkan dengan kisah dongeng bagaimana sebuah Kerajaan‘Melayu-Islam’ tanpa DAP perlu segera dibentuk demi kebaikan rakyat terutama orang Melayu dan umat Islam khususnya.

“Pemerintahan kerajaan ‘Melayu-Islam’ ini menyaksikan jumlah pengangguran rakyat terus meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8% pada Dis 2020 dan tidak ada rancangan pemulihan ekonomi yang berjaya dibuat sehingga hari ini.

“Pemerintahan kerajaan ‘Melayu-Islam’ juga telah mengabaikan janji pemberian komputer riba kepada 150,000 murid berjumlah RM150 juta seperti yang dihebahkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 sehingga hari ini,” kata mereka.

Kerajaan PN Gagal Selama Setahun Pemerintahan.. Ini Buktinya

Shafie dah Syed Saddiq berkata, kegagalan PN menunaikan janji berkenaan telah memaksa ibu bapa daripada golongan B40 mencari alternatif lain untuk mendapatkan peranti bagi keperluan pembelajaran anak-anak mereka termasuk mendapatkannya daripada ahli-ahli parlimen pembangkang.

Selain itu, kata mereka, kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga sering mencanangkan bahawa mereka serius dalam melawan Covid-19 namun peruntukan kepada kawasan parlimen pembangkang pula dipotong seolah-olah mahu menyukarkan misi setiap ahli parlimen pembangkang untuk membantu rakyat yang terjejas.

”Akhirnya, rakyat pula yang menjadi mangsa hukuman politik kerajaan ‘Melayu-Islam’ PN.

“Apa pula jawapan kerajaan ‘Melayu-Islam’ apabila lebih 30,000 syarikat di negara ini telah menutup operasi mereka sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac tahun lalu?

“Malah lebih 9,000 daripada jumlah tersebut merupakan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penutupan beberapa buah kilang industri yang berpindah ke negara jiran hanya mengesahkan bahawa kerjasama PPBM, Umno dan PAS dalam Kerajaan PN tidak lebih dari sekadar kosmetik dan jenama sahaja yang akhirnya tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat,” kata mereka.

Kerajaan PN Gagal Selama Setahun Pemerintahan.. Ini Buktinya

Shafie dah Syed Saddiq berkata, ketiga-tiga parti iaitu PPBM, Umno dan PAS yang membentuk Kerajaan PN sepatutnya mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada luar kerana gabungan yang dibentuk atas nama bangsa dan agama itu kerap kali mendakwa mereka adalah sebuah kerajaan yang stabil dan mempunyai keabsahan.

Kata mereka, kestabilan itu seharusnya diterjemahkan dalam bentuk hasil pelaburan dan kegiatan ekonomi yang memberi keuntungan kepada rakyat.

“Malangnya ia tidak berlaku sehingga hari ini, sebaliknya, kerajaan ‘Melayu-Islam’ ini terlalu sibuk menyoal kesetiaan yang diikrarkan, sentiasa menyuarakan rasa sangsi dan tidak lagi mempercayai antara satu sama lain.

“Selepas beberapa siri pertukaran kepimpinan kerajaan negeri melalui undi di dalam Dewan Negeri, lompat parti dan pilihan raya negeri dalam tempoh PKP, ikatan tiga parti berkenaan hanya menunggu masa untuk terlerai.

Kerajaan PN Gagal Selama Setahun Pemerintahan.. Ini Buktinya

“Kerajaan yang dibina atas nama pengkhianatan akan runtuh melalui pengkhianatan juga,” kata mereka. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan