Perubahan itu berlaku hanya seminggu selepas kerajaan mengenakan denda RM10,000 untuk individu atas semua kesalahan - termasuk memakai pelitup muka dengan cara tidak betul - dan denda RM50,000 pula untuk organisasi.
Peraturan baru itu menyaksikan denda maksimum RM10,000 untuk individu dan maksimum RM50,000 untuk syarikat.
Menurutnya, kategori itu ditetapkan sebagai tinggi, sederhana, normal.
Kabinet Ubah Lagi SOP Denda Selepas Dapat Tekanan Rakyat
Katanya, pesalah pertama kali dalam kategori "normal" - seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul - akan didenda RM1,500.
Takiyuddin memberikan contoh kesalahan kategori "tinggi" seperti pengunjung kelab malam yang akan dikenakan denda maksimum RM10,000.
Menteri itu juga berkata kerajaan menawarkan diskaun antara 50 ke 25 peratus sekiranya pesalah membayar denda awal.
Diskaun 25 peratus daripada nilai kompaun sekiranya dibayar dalam tempoh hari kelapan hingga 14 hari, manakala diskaun 50 peratus daripada nilai kompaun sekiranya dibayar dalam tempoh tujuh hari, jelasnya.
Menurut Takiyuddin lagi, pertimbangan rayuan bagi pengurangan nilai kompaun akan diberikan bagi individu kategori OKU, pelajar, B40, berpenyakit kronik.
Kabinet Ubah Lagi SOP Denda Selepas Dapat Tekanan Rakyat
Peraturan sebelumnya, diwartakan pada 25 Februari dan berkuat kuasa pada 11 Mac.
Setelah undang-undang baru, yang belum diwartakan ini berkuatkuasa, individu boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 manakala syarikat boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..