Helikopter Terhempas Di Lapangan Terbang Subang
Menerusi laporan Bernama, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan lima penumpang terselamat.
Seorang juruterbang dan pembantunya cedera manakala tiga penumpang terselamat apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pagi ini.
Juruterbang dan pembantu yang berusia 53 hingga 55 tahun itu mengalami patah kaki.
Helikopter terhempas di Subang, dua penumpang cedera
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.
"Sampai di lokasi didapati sebuah helikopter jenis Airbus H125 telah terhempas.
Helikopter Terhempas Di Lapangan Terbang Subang
"Terdapat lima mangsa warga tempatan dan dilaporkan mengalami kecederaan, namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil," katanya pada Rabu.
Mengulas lanjut, Norazam berkata pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki mengalami patah kaki kanan dan cedera di kepala dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan di kaki.
Bagaimanapun, katanya, tiga lagi mangsa tidak mengalami kecederaan.
Lihat video Helikopter Terhempas Di Lapangan Terbang Subang di SINI.
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..