Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber, hal itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Umno Ahmad Zahid dalam ucapan di hadapan para ketua bahagian dan sayap Pemuda dan Puteri di Melaka, kelmarin.
“Umno tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti.
“Presiden Umno akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada parti,” katanya seperti dipetik akhbar berkenaan.
Kata sumber itu, Ahmad Zahid berang dengan sikap dua MT berkenaan kerana menyalurkan maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat diadakan.
Dalang Bocor Rahsia Mesyuarat MT Umno Didedahkan
Mesyuarat MT Umno yang terbaru adalah di Janda Baik pada bulan lalu, antaranya, dikatakan bagi membincangkan hala tuju hubungan dengan Bersatu.
Awal bulan ini, bekas setiausaha Setiausaha Agung Umno dan BN, Annuar Musa, meminta penjelasan mengenai surat Ahmad Zahid kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bagi memutuskan kerjasama dengan parti serpihannya itu menjelang pilihan raya umum ke-15.
Surat itu dikatakan bagi memaklumkan keputusan daripada mesyuarat MT yang diadakan itu. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
Terbaik
ReplyDelete