Thursday, 4 March 2021

Bersatu Bakal Putus Hubungan Juga Dengan Umno?

Bersatu Bakal Putus Hubungan Juga Dengan Umno? | Bersatu akan membincangkan hubungannya dengan Umno dan memutuskan sekiranya Umno dapat terus kekal bersama pemerintahan Perikatan Nasional petang ini.

Ini selepas Umno menghantar surat, mengatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu sebaik sahaja pilihan raya ke-15 bermula.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata, selain perbincangan dalaman, kedudukan Umno juga akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi PN nanti bersama pemimpin dari PAS, Star, SAPP, dan Gerakan

"Sehubungan itu, Biro Politik Bersatu mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini, 4 Mac 2021 (Khamis) dan pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang," katanya.

Bersatu Bakal Putus Hubungan Juga Dengan Umno? |

Pada masa ini Umno mempunyai lapan menteri dalam kabinet PN.

Hamzah pada kenyataannya pagi ini, mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat itu pada 26 Februari.

Dia juga mengesahkan Majlis Tertinggi Umno telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam mesyuaratnya di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari.

Kata Hamzah, Biro Politik Bersatu mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi Umno mengenai dua perkara utama.

"Pertama, tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

Bersatu Bakal Putus Hubungan Juga Dengan Umno? |

"Kedua, kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen," katanya. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan