Sunday, 21 March 2021

Anwar Ibrahim Bakal Bertanding Di Pagoh?

Anwar Ibrahim Bakal Bertanding Di Pagoh? | Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini dalam nada jenaka berkata dia mungkin mempertimbangkan untuk bertanding di Parlimen Pagoh yang disandang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Anwar berkata, Pagoh salah satu daripada 15 kawasan parlimen di mana dia diminta untuk bertanding..

"Sekarang ini ada 15 kawasan (parlimen) minta saya bertanding.

"Saya kena pertimbang di antara 15 (kerusi) itu, termasuk Pagoh," katanya kepada pemberita di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.

Dia berkata demikian ketika ditanya apakah dia akan kembali mempertahankan parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang.

Anwar Ibrahim Bakal Bertanding Di Pagoh?

Anwar pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama enam penggal.

Namun, pada tahun 2018, ketika dia berada di penjara, anak perempuannya Nurul Izzah bertanding di kerusi tersebut.

Setelah dibebaskan dari tahanan, Anwar kemudian mengambil alih parlimen Port Dickson melalui pilihan raya kecil (PRK).

Muhyiddin telah memegang kerusi Pagoh di Johor selama lapan penggal.

Pada 2018, dalam pertandingan tiga penjuru menentang Umno dan PAS, presiden Bersatu itu memenangi Pagoh dengan 55.21 peratus undi.

Anwar Ibrahim Bakal Bertanding Di Pagoh?

Dalam pilihan raya itu, pengundi bukan Melayu menyumbang 34 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan