Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang lagi “kawannya” memberi petunjuk dan bersedia menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.
“Sebenar lebih ramai, termasuk Ahli Parlimen yang bersedia memberikan sokongan kepada kerajaan PN.
Annuar Musa Dedah 7 Atau 8 Ahli Parlimen PKR Tinggalkan PH Adalah..
“Saya difahamkan selain daripada Dr Xavier, ada lagi tujuh atau lapan orang lagi ‘kawan-kawan’ saya Ahli Parlimen yang memberi indikasi bersedia menyokong (kerajaan).
“Yang penting, kalau kerajaan kita ini berprestasi, maka akan ramai bersedia menyokong.
“Sebab itu tugas kerajaan sekarang adalah terus fokus dengan melaksanakan tanggungjawab yang ada, termasuk tentang Covid-19, pemulihan ekonomi, perpaduan kaum serta kestabilan politiknya,” katanya selepas program “walkabout” ke Kiosk Usahawan Muda Kota dan Anjung Floria Putrajaya, di Putrajaya hari ini
Annuar bagaimanapun enggan mendedahkan identiti Ahli Parlimen berkenaan, sebaliknya berkata, dalam politik yang bersifat dinamik, perkara itu tidak mustahil berlaku.
Annuar Musa Dedah 7 Atau 8 Ahli Parlimen PKR Tinggalkan PH Adalah..
“Tidak payahlah. Nanti, saya sebut ada pula yang menafikan, tetapi realitinya begitulah.
“Politik ini dinamik, kalau ada orang cakap nak keluar, ada orang nak masuk.
“Ada dengar tak orang cakap nak keluar, nak ‘mufaraqah’? Kalau bila cakap nak keluar dalam politik, macam hukum fizik, setiap tindakan ada kesannya,” katanya kepada pemberita. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..