Adun Tronoh Paul Yong dan A Sivasubramaniam (Buntong) kini dilaporkan menjadi anggota Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Kedua-dua mereka merupakan anggota DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu untuk menyokong PN.
2 Bekas Adun DAP Perak Masuk Bersatu
Setiausaha Bersatu Perak, Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan penyertaan Yong dan Sivasubramaniam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Menurut Zainol, permohonan kedua-dua mereka telah diserahkan sebelum ini dan Bersatu memberikan persetujuan pada Dis lalu.
Yong kini menjadi anggota Bersatu Batu Gajah sementara Sivasubramaniam di Ipoh Barat.
2 Bekas Adun DAP Perak Masuk Bersatu
Sebagai bukan bumiputera, Yong dan Sivasubramaniam akan menjadi sebahagian daripada sayap anggota bersekutu Bersatu. Bagaimanapun untuk rekod mengikut perlembagaan parti itu, ahli bersekutu tidak mempunyai hak mengundi dalam urusan parti. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..