Semakan Bantuan PERMAI 2021 | Bantuan PERMAI RM500 untuk Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Bas Persiaran, Bas Sekolah dan e-Hailing akan diberikan secara ‘one off’ di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dengan peruntukan RM15 bilion sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 lalu.
Ini adalah sebahagian daripada 22 inisiatif PERMAI yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya wabak COVID-19.
Untuk mempercepatkan proses pembayaran, pemandu yang telah menerima bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bagi menerima bantuan PERMAI 2021 dan hanya saringan lesen sahaja yang perlu dibuat.
Semakan Bantuan PERMAI 2021
Isi Kandungan tutup
Bantuan PERMAI RM500 Untuk Pemandu Teksi, Bas & e-Hailing
PENERIMA PRIHATIN 2020 LAYAK MENDAPATKAN BANTUAN TUNAI ‘ONE OFF’ RM500 BAWAH PAKEJ PERMAI TANPA MELALUI SARINGAN KRITERIA KELAYAKAN
Bantuan tunai PERMAI ini akan memanfaatkan kepada 118,000 pemandu yang telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan.

Pemandu teksi dan kereta sewa
Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti channel Telegram kami di https://t.me/ecentral.
Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI.
Semakan Bantuan PERMAI 2021
Pemandu bas persiaran
Semua pemandu bas persiaran yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat.
Pemandu bas sekolah
Semua pemandu bas sekolah yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing dan hanya saringan lesen vokasional, PSV yang sah sahaja akan dibuat.
Pemandu e-hailing
Syarat pendapatan minima RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan PRIHATIN sebelum ini dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020.
Semakan Bantuan PERMAI 2021
Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh.
Cara Semakan
Untuk membuat permohonan dan semakan status, sila ikuti langkah berikut:
Layari Agensi Pengangkutan Awam Darat di pautan http://permai2021.apad.gov.my/ .
Tekan menu Kategori Permohonan
Klik kategori
Teksi
Bas Persiaran
Bas Sekolah
e-Hailing
Semak kriteria kelayakan dan klik butang SETUJU
Sila masukkan nombor MyKad tanpa sengkang
Tekan butang Semak / Daftar
Teruskan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
Tekan butang simpan setelah selesai.
Semakan Bantuan PERMAI 2021
Maklumat Lanjut
Pejabat APAD
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
03 – 2603 6600
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..