Tuesday, 16 February 2021

Anuar Musa Dipecat Umno?

Anuar Musa Dipecat Umno? | Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin membidas kenyataan Annuar Musa berhubung pendiriannya, Umno perlu bekerjasama dengan semua parti Melayu sekali pun beliau dipecat.

Khaled berkata, tidak wujud sebarang khabar atau ura-ura yang menjurus ke arah niat untuk memecat Annuar.

“Jadi, mengapa mahu sengaja dibangkitkan tanggapan serta sentimen ‘victim’ seperti ini.

“Ia hanya akan membuka ruang salah faham yang tidak baik, sama ada dari luar mahu pun dalam parti,” katanya dalam kenyataan.

Khaled berkata, tindakan Annuar itu tidak sihat untuk beliau terus-menerus mengkritik parti secara terbuka seperti sekarang.

Katanya, ini tidak menguntungkan Umno serta melemahkan setiakawan dan secara sistematik mengelirukan parti.

Anuar Musa Dipecat Umno? 

“Sebagai seorang ahli lama, beliau mempunyai akses kepada semua kepimpinan parti untuk menyatakan pendirian pandangan kritikal beliau.

“Lebih penting, tindakan mengkritik secara terbuka ini akan hanya memberi kesan kepada moral dan sokongan ahli parti dan masyarakat luar yang sedang memerhati Umno secara rapat,” katanya.

Beliau berkata, Umno sudah memutuskan untuk kembali dan menguatkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, pada masa sama, kekuatan politik orang Melayu turut diusahakan bersama PAS dalam Muafakat Nasional (MN).

“Segala kerjasama membentuk kerajaan hanya akan dipertimbangkan setelah pilihan raya dan dibuat bersandarkan mandat dan pilihan rakyat.

“Ini keputusan parti dan keputusan bersama. Jadi, Umno akan bekerja keras untuk menjayakannya. Berjaya atau tidak Umno dalam ikhtiar ini sangat terletak kepada pilihan rakyat. Semua itu terpulang kepada keyakinan rakyat,” katanya.

Khaled berkata, keputusan Umno untuk tidak bersama PN atau Pakatan Harapan (PH) adalah kerana kedua-duanya tidak diyakini oleh rakyat.

Anuar Musa Dipecat Umno? 

Katanya, sebahagian daripada mereka juga sudah ditolak terang-terangan.

“Ada yang sampai diheret ke mahkamah oleh pengundi di kawasan mereka untuk dilucutkan daripada jawatan.

“Kemerosotan populariti PN dan keraguan terhadap kemampuannya mentadbir negara menjadikan kerjasama Umno dan PN tidak strategik

“Apatah lagi tiadanya usaha radikal untuk menarik sokongan bukan Melayu. Jadi, apa motivasi dan alasan kukuh untuk terus mendesak Umno dengan sebegitu rupa,” katanya.

Khaled berkata, seandainya Umno sudah tidak elok dan gagal memahami aspirasi dan perjuangan peribadi Annuar, janganlah bermain tarik tali dan bertangguh-tangguh dengan parti itu kerana ia hanya mengelirukan orang ramai.

“Tambahan pula parti ini sedang diperkasakan. Ini usaha yang kritikal dan besar.

Anuar Musa Dipecat Umno? 

“Jadi, Umno memerlukan semua pihak untuk bersama-sama dalam perjuangannya serta membantu mengukuhkannya. Bukannya membiarkan Umno diserang-serang, diperkotak-katikkan malah terus-menerus mempertahankan pula lawan dan mereka yang merendah-rendahkan Umno,” katanya. - fmt


BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





1 comment:

  1. Langkah Sheriton melihatkan UMNO terdesak untuk menjatuhkan PH tanpa berfikir panjang bersetuju menerima TSMY sebagai PM tanpa ada apa-apa perjanjian. Tak sampai setahun, puak UMNO terasa dipinggirkan (terutama yang ada kes mahkamah dan tak dapat jawatan) walaupun ramai menteri yang dilantik di kalangan mereka. Bermacam tomahan dan cubaan untuk menjatuhkan TSMY hinggakan sanggup bersengkongkol dengan musuh tradisi mereka, untuk apa? untuk jawatan PM, tidak mungkin, untuk memperjuangkan Melayu, tak percaya akan berlaku dengan parti sosialis. Bagi saya TSMY adalah pemerintah yang kuat kerana dalam sejarah Malaysia, tiada seorangpun PM yang dimusuhi serta disabotaj oleh pembangkang dan juga ahli gabungan perti sendiri bertalu-talu. UMNO asyik mendabik dada bahawa mereka parti dominan dalam PN tapi perlu ingat mereka pernah tersungkur dan tak mustahil PRU kelak mereka akan tersungkur juga. Kenyataan MB Perak yang angkuh bisa melihat perubahan, PN mungkin hanyalah gabungan Bersatu dan PAS dan mungkin parti-parti bumiputera yang lain kerana UMNO bongkak dan merasa mereka masih hebat dan mempunyai ramai penyokong. Mereka mahu semua kerusi PRU dan tak mahu mengalah. PRU yang akan datang mungkin kita akan lihat UMNO pertama kali dalam sejarah akan bergabung dengan PH untuk berusaha membentuk kerajaan dengan membelakangkan perjuangan Melayu itu sendiri. Jadi orang Melayu perlu bersedia untuk menjadi seperti negara di selatan kita.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan