Wednesday, 16 December 2020

Warisan Tolak Belanjawan 2021?

Warisan Tolak Belanjawan 2021? | Warisan belum membuat keputusan sama ada akan melakukan undi belah bahagi ketika bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 esok atau sebaliknya, kata ketua pemudanya Azis Jamman.

Ini selepas Pakatan Harapan (PH) meminta semua anggota parlimen menolak belanjawan esok.

Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, anggota parlimen Sepanggar itu berkata mereka sedang menunggu arahan daripada presiden parti, Shafie Apdal.

"Kami belum putuskan. Belum tahu lagi.

“Presiden kami (Shafie) akan berikan arahan. Tetapi setakat yang kita tahu, kita akan lakukan undian belah bahagi untuk Warisan. Apa sahaja yang diputuskan oleh presiden kita, kita akan ikut,” kata Azis.

Parti itu sebelum ini tidak berpuas hati terhadap PH apabila memboikot undian belah bahagi ketika belanjawan dibahas di peringkat jawatankuasa akibat kecewa terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Warisan Tolak Belanjawan 2021?

Ini selepas Presiden PKR itu mengeluarkan arahan agar pembangkang tidak melakukan undi belah bahagi ketika belanjawan dibentangkan di peringkat dasar.

Shafie kemudian menggesa perubahan dalam kepemimpinan pembangkang dengan mengatakan mereka tidak boleh berada di takuk lama.

Lapan anggota parlimen Warisan di Dewan Rakyat ialah Azis, Shafie (Semporna), Isnaraissah Munirah Fakharudy (Kota Belud), Ahmad Hassan (Papar), Mohammadin Ketapi (Lahad Datu), Ma'mun Sulaiman (Kalabakan), Darell Leiking (Penampang) dan Rozman Isli (Labuan).

Azis mengesahkan semua mereka tiba di Kuala Lumpur selepas menghadiri perhimpunan agung Warisan di Sabah hujung minggu lalu.

"Kita semua bersiap sedia," tambahnya.

Ketua Whip parti itu, Rozman berkata Shafie dan anggota parlimen Warisan akan menghadiri sidang Dewan Rakyat esok.

Warisan Tolak Belanjawan 2021?

"Presiden kembali ke Kuala Lumpur dan menghadiri parlimen hari ini. Dan kami diingatkan olehnya untuk berada di parlimen esok, ” katanya ketika dihubungi malam ini.

Esok akan menyaksikan dua undian di peringkat jawatankuasa sebelum satu undian terakhir dilakukan untuk bacaan kali ketiga bagi Belanjawan 2021.

PH merancang untuk melakukan undi belah bahagi buat kali yang terakhir esok.

Undian belanjawan ini penting kerana ia mencerminkan usul percaya atau sebaliknya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Pembangkang yang berpecah setakat ini gagal menyingkirkan Muhyiddin sebagai perdana menteri walaupun presiden Bersatu itu memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat.

Warisan Tolak Belanjawan 2021?

Terdahulu hari ini, anggota parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media bersama anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, di mana bekas perdana menteri itu membangkitkan kemungkinan kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang esok. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



Iklan
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan