Tuesday, 29 December 2020

Umno Sabotaj Pengundi Melayu?

Umno Sabotaj Pengundi Melayu? | Tidak ramai yang sedar bahawa parti politik yang mempunyai jumlah anggota Parlimen terbesar di Dewan Rakyat hari ini, dengan 42 kerusi, adalah DAP.

Dan walaupun ramai mungkin mengecam politik Malaysia atas sebab ia berdasarkan garis perkauman, kebenarannya adalah suara majoriti orang Melayu berpecah belah - dengan tiga parti politik utama yang kini berkuasa.

PKR dan Umno mendahului dengan 38 kerusi Parlimen, sementara Bersatu - dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin - memiliki 31 kerusi. Tiada jaminan untuk jumlah ini kerana ia sukar dikira, dengan ahli Parlimen melompat parti sejak PRU14.

Selepas PRU pada 2018 itu, parti politik yang mengalami kerugian terbesar dari segi kerusi Parlimen adalah Umno. Boleh dikatakan satu pertiga calonnya ditolak pengundi dan sejumlah yang menang lompat parti beberapa bulan kemudian.

Beberapa pemimpin tertingginya juga telah disabit bersalah di mahkamah, seperti bekas presiden Najib Razak dan bekas setiausaha agung Tengku Adnan Tengku Mansor, ataupun sedang menjalani perbicaraan, seperti presiden semasa, Ahmad Zahid Hamidi.

Umno Sabotaj Pengundi Melayu?

Sayangnya, Umno tidak banyak belajar daripada semua kegagalan ini. Ia menjadi semakin berani dengan tindakan dan langkah politik yang licik dek kehausan terhadap kuasa yang tidak dapat dipadam.

Setakat ini, muslihat politik paling melampau daripada Umno adalah undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal Azumu di DUN Perak, yang memberikan kedudukan menteri besar kepada Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad.

Didorong oleh kejayaan itu, Umno kelihatan bersedia untuk menikam rakan sekutu Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu dan PAS dengan mengundi menentang Belanjawan 2021 - walaupun terdapat amaran keras dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tetapi untuk mengelakkan risiko berlakunya pembubaran Parlimen, di tengah-tengah situasi Covid-19 yang kian meresahkan, yang membawa kemungkinan pengisytiharan darurat di seluruh negara bagi menangguhkan pilihan raya umum, Umno terpaksa membuat pusingan U.

Antara apa yang berlaku ketika rampasan di Perak adalah betapa Umno sedia untuk tidur sebantal dengan musuhnya DAP yang telah lama bertapak di negeri itu. 

Umno Sabotaj Pengundi Melayu?

Ia tidak mustahil membawa kepada kerjasama di peringkat Persekutuan.

Ia menandakan perubahan utama dalam politik Malaysia - bahawa mengejar undi orang Melayu bukan lagi menjadi pendorong utama. DAP sudah membuktikan parti itu sebagai pentadbir yang layak dan kuat di Pulau Pinang selama lebih kurang satu dekad dan Umno mengakui kelebihan itu.

Satu lagi analisis lain adalah bahawa pergerakan skizofrenia UMNO baru-baru ini mungkin disebabkan oleh pihak di dalamnya yang berebut dominasi parti, dengan kelihatan jelas sekurang-kurangnya tiga kumpulan yang bertentangan antara satu sama lain.

Umno Sabotaj Pengundi Melayu?

Apa pun keadaannya, Umno semakin pudar sebagai juara majoriti Melayu - dan kejatuhan parti itu pastinya dapat menjadikan landskap politik negara lebih matang di mana kaum tidak lagi menjadi satu kepentingan utama. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan