Kenyataannya itu dibuat selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Majlis Presiden PN yang terdiri daripada parti-parti dalam kerajaan malam tadi.
Mengingatkan sekali lagi bahawa Umno dan BN bukan sebahagian daripada PN, Asyraf Wajdi berkata dengan adanya majlis presiden tersebut perbincangan mengenai agihan kerusi tidak lagi sama seperti sebelum ini.
“Ini bermakna pengagihan kerusi tidak lagi berasaskan perbincangan Umno dengan PAS, tetapi di antara BN dengan PN, kerana PAS sudah secara rasmi menyertai PN sebagai parti komponennya,” kata Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan hari ini.
Punca Umno Dan Bersatu Tidak Akan Bergabung Pada PRU15
Semalam, parti dalam kerajaan mencapai kata sepakat untuk menubuhkan majlis presiden yang dianggotai ketua-ketua parti masing-masing dengan tujuan menjadikan badan itu sebagai platform membincangkan dasar-dasar kerajaan.
Ia juga diharap dapat mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan. Antara yang terlibat ialah Presiden Umno merangkap Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Asyraf Wajdi penyertaan itu bukanlah bermaksud Umno dan BN kini mengubah pendiriannya dengan menyertai PN.
“Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi BN membuat keputusan jelas bahawa kita mendukung kerajaan PN sehingga PRU ke-15 dan tidak sesekali bersetuju menyertai PN sebagai salah satu parti komponen,” katanya.
Asyraf Wajdi berkata penubuhan majlis presiden itu memang dicadangkan sendiri oleh Umno sejak awal lagi, iaitu ketika pembentukan kerajaan PN pada Mac lalu.
“Tujuannya untuk memastikan apa jua dasar-dasar penting negara dibincangkan terlebih dahulu dengan rakan-rakan kongsi yang terdiri daripada parti-parti politik yang bersepakat membentuk kerajaan ini.
Punca Umno Dan Bersatu Tidak Akan Bergabung Pada PRU15
“Majlis Presiden PN mampu mengelakkan perbezaan dan pertelingkahan pandangan terhadap dasar-dasar penting yang diperkenalkan kerajaan seperti inisiatif mahukan pengisytiharan darurat yang tidak dirujuk kepada Umno hingga mencetuskan pergeseran di kalangan parti-parti dalam kerajaan PN,” katanya.
Dia berkata, majlis presiden itu juga boleh dijadikan platform untuk presiden-presiden parti yang mendukung PN menyuarakan pendirian parti secara rasmi supaya ia dipertimbangkan dan kerajaan PN dapat bertindak. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan, Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 5M saya sters hampir bunuh diri tidak tau harus bagai mana agar bisa melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya bertemu dengan KYAI MANSUR ALI, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi kata Pak.KYAI pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan penarikan uang gaib 7Miliyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 7M yang saya minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada. Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi KYAI MANSUR ALI Di Tlp 0853-2415-9769 Atau Kunjungi Situs KYAI https://pesugihanuanggaibasli69.blogspot.com/ agar di berikan arahan. Supaya tidak langsung datang ke jawa timur, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik, jika ingin seperti saya coba hubungi KYAI MANSUR ALI pasti akan di bantu Oleh Beliau
ReplyDelete