Monday, 14 December 2020

Pengawal Keselamatan Top Glove Mati Kerana Covid-19?

Pengawal Keselamatan Top Glove Mati Kerana Covid-19? | Seorang pengawal keselamatan warga Nepal di kilang Top Glove di Meru, Klang dipercayai meninggal dunia akibat Covid-19 pada Sabtu lalu.

Portal The Vibes melaporkan bahawa Yam Narayan Chaudhary dimasukkan ke hospital pada 21 Nov dan menjalani rawatan selama kira-kira tiga minggu sebelum meninggal dunia.

Yam dipercayai telah bekerja sebagai pengawal keselamatan selama dua tahun menerusi sebuah syarikat keselamatan.

Laporan itu sehari selepas Reuters melaporkan Top Glove didakwa memecat seorang pekerja asing setelah dia dikatakan mendedahkan keadaan tempat tinggal pekerja.

Pada Mei lalu, Yubaraj Khadka dilaporkan mengambil dua gambar berkenaan pekerja yang bersesak di sebuah kilang syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu.

Pengawal Keselamatan Top Glove Mati Kerana Covid-19?

Gambar itu menunjukkan ramai pekerja beratur dengan jarak kurang semeter antara satu sama lain untuk membuat pemeriksaan suhu sebelum memulakan syif malam.

Para pekerja diwajibkan memakai sarung tangan dan pelitup muka, bagaimanapun Yubaraj dan lima lagi pekerja memberitahu Reuters yang penjarakan fizikal tidak dikuatkuasakan mahupun dipatuhi di luar kilang.

Bimbang dipecat jika membuat aduan secara terus kepada pengurusan, lelaki berusia 27 tahun itu menghantar gambar kepada pertubuhan hak pekerja di Nepal yang kemudiannya menghantarnya kepada syarikat dan kerajaan Malaysia, tanpa mendedahkan individu yang mengambilnya.

Bagaimanapun, pada 23 Sept, Yubaraj menerima surat khidmatnya ditamatkan kerana menyebarkan gambar itu.

Dalam surat itu, yang dilihat Reuters, Top Glove berkata pihaknya berjaya mengesannya sebagai individu yang menjadi punca kepada gambar itu melalui rakaman CCTV.

Pengawal Keselamatan Top Glove Mati Kerana Covid-19?

Kluster Teratai di Klang, Selangor yang melibatkan pekerja Top Glove setakat ini merupakan kluster terbesar di Malaysia dengan 5,450 kes.

Malaysiakini sedang menghubungi Top Glove untuk maklum balas berkenaan kedua-dua perkara ini. - mk


BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



Iklan
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan