Friday, 18 December 2020

Makin Kes Rasuah Berprofil Tinggi Akan Dilepaskan?

Makin Kes Rasuah Berprofil Tinggi Akan Dilepaskan? | Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa “kedaulatan undang-undang” tidak lagi digunapakai, memandang beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang digugurkan oleh pendakwa raya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

"Semua ini mengikut undang-undang. Penjenayah boleh terlepas hukuman. Jenayah boleh dilakukan tanpa takut kepada undang-undang," katanya dalam satu tulisan di blognya.

Mahathir memetik tiga contoh baru-baru ini, tanpa menamakan individu yang terlibat.

"Ini benar-benar sah dan mengikut undang-undang.

"Mungkin tidak lama lagi, seseorang yang disabitkan mencuri jutaan wang kerajaan akan diampuni. Ini juga adalah mengikut undang-undang.

Makin Kes Rasuah Berprofil Tinggi Akan Dilepaskan?

Mahathir berkata, kedaulatan undang-undang adalah komponen penting dalam demokrasi tetapi cara undang-undang ketika ini diterapkan dengan cara yang tidak boleh dianggap demokratik atau adil.

Namun, semasa Mahathir adalah perdana menteri, beberapa kes jenayah berprofil tinggi juga digugurkan.

Ini termasuk perbicaraan rasuah yang melibatkan menteri kewangannya ketika itu, Lim Guan Eng dan beberapa perbicaraan hasutan yang melibatkan ahli politik Pakatan Harapan.

Selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkuasa, tuduhan rasuah terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman digugurkan oleh pendakwa raya.

Jabatan Peguam Negara juga bersetuju mencapai penyelesaian berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB terhadap bekas pembuat filem Hollywood, Riza Aziz dan mengugurkan tuduhan terhadapnya.

Makin Kes Rasuah Berprofil Tinggi Akan Dilepaskan?

Baru-baru ini, pihak pendakwa raya juga mengugurkan tuduhan terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor kerana menerima suapan RM1 juta.

Tengku Mansor juga berdepan pertuduhan berasingan yang melibatkan rasuah RM2 juta. -mk


BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





1 comment:

  1. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan, Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 5M saya sters hampir bunuh diri tidak tau harus bagai mana agar bisa melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya bertemu dengan KYAI MANSUR ALI, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi kata Pak.KYAI pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan penarikan uang gaib 7Miliyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 7M yang saya minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada. Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi KYAI MANSUR ALI Di Tlp 0853-2415-9769 Atau Kunjungi Situs KYAI https://pesugihanuanggaibasli69.blogspot.com/ agar di berikan arahan. Supaya tidak langsung datang ke jawa timur, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik, jika ingin seperti saya coba hubungi KYAI MANSUR ALI pasti akan di bantu Oleh Beliau

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan