Thursday, 19 November 2020

Zahid Hamidi Bantai Kerajaan PN Di Parlimen

Zahid Hamidi Bantai Kerajaan PN Di Parlimen |   Demi kestabilan politik dan rakyat, Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta agar usul undi percaya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibawa dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada masa sama ahli parlimen Bagan Datuk itu mengingatkan, dalam kerjasama politik aspek kejujuran perlu diutamakan terutama apabila membabitkan kepentingan rakyat.

Memetik salah satu peristiwa dalam sejarah Islam Ahmad Zahid berkata ada yang boleh diteladani daripada Perjanjian Tahkim - yang berlangsung ekoran Perang Siffin di antara kumpulan Sayidina Ali Abi Talib dengan Muawiyah Abu Sufiyan.

Katanya dalam kerjasama politik jangan ada sebarang tipu muslihat atau orang tertentu terhutang budi kepada pihak lain.

Zahid Hamidi Bantai Kerajaan PN Di Parlimen

"Secara tersurat atau tersirat, tiada soal siapa berbudi atau yang terhutang budi, soal tipu muslihat harus jangan ada.

"Jangan (jadi) telunjuk lurus kelengkeng berkait.

"Ambillah ibrah sirah Perjanjian Tahkim supaya perjanjian yang berbentuk muslihat politik tidak berlaku.

"Kejatuhan pemimpin-pemimpin dulu (berlaku) apabila pemimpinnya merasakan dirinya popular," katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.

Darurat bukan pilihan

Kenyataan itu dibuat ketika beberapa pihak menganggap hubungan di antara Umno sekutu mereka dalam Perikatan Nasional kini semakin longgar dengan pemimpin di kedua-dua belah pihak membuat kenyataan 'menyerang' antara satu sama lain, sama ada secara langsung atau berkias.

Turut menarik perhatian ramai ialah hubungan di antara Umno dan rakan mereka dalam Muafakat Nasional, PAS.

Untuk rekod kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri terus menjadi perhatian ramai ketika jumlah sebenar sokongan yang diterimanya daripada kalangan anggota parlimen masih belum benar-benar diuji.

Zahid Hamidi Bantai Kerajaan PN Di Parlimen

Dalam keadaan begitu, kedudukan Belanjawan 2021 dianggap menjadi detik penentuan kepada kedudukan ahli parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri.

Sebelum ini beberapa pihak mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin dan pada masa sama ada juga membawa usul percaya terhadapnya.

Secara keseluruhan ada 25 usul tidak percaya dibawa, berbanding dua usul percaya.

Usul percaya dibawa Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh).

Ahmad Zahid berkata rakyat harus diberi keutamaan dan usul undi percaya harus dibawa ke Dewan Rakyat.

"Sesuatu mesti dilakukan. Biarlah kerajaan sendiri menjadikan usul undi percaya sebagai aturan kerajaan dan dibawa ke dewan yang mulia ini.

Zahid Hamidi Bantai Kerajaan PN Di Parlimen

"Proklamasi darurat bukan pilihan, apatah lagi proklamasi darurat seluruh negara wajib ditolak," katanya. -mk


BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



Iklan
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





1 comment:

  1. Untuk menghormati PM dikatakan usul undi percaya, sebaliknya kalau usul dari sebelah pembangkang dikatakan undi tidak percaya. Hasilnya sama sahaja 2x5 macam tipu budak kecik.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan