Thursday, 5 November 2020

Ahli Parlimen Pasir Salak Hentam Menteri BN

Ahli Parlimen Pasir Salak Hentam Menteri BN | Tajuddin Abdul Rahman (BN - Pasir Salak) hari ini mempersoalkan bagaimana projek perumahan generasi kedua Felcra Changkat Lada, Seberang Perak boleh menjadi projek komersial.

Kata pemimpin Umno itu, ini kerana sebelum ini projek perumahan tersebut diwujudkan bagi anak-anak Felcra.

"Macam mana boleh bertukar projek untuk membina (perumahan) peserta Felcra kepada projek komersial.

"Projek ini saya buat untuk anak-anak peserta Felcra. (Kalau) begini, saya nak minta pengurusan Felcra atau buang CEO (ketua pegawai eksekutif) dan ganti orang lain," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Tajuddin berkata demikian selepas tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan Timbalan Menteri Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad (BN - Lipis) berhubung status projek perumahan terbabit.

Ahli Parlimen Pasir Salak Hentam Menteri BN

Terdahulu, Abdul Rahman ketika menjawab pertanyaan lisan berkata projek perumahan generasi kedua Felcra Changkat Lada, Seberang Perak fasa 2 adalah merupakan sebuah projek komerisal melibatkan pembinaan 710 rumah.

Menurut Abdul Rahman, harga sebuah rumah yang dijual untuk projek itu dengan harga mampu milik daripada RM128,888 sehingga RM317,888 unit yang telah dimulakan pembinaan pada 2014.

"Kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM100 juta. Di mana RM29 juta adalah peruntukan infrastruktur dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan RM71 juta adalah peruntukan bagi pembinaan rumah dibiayai oleh Felcra Berhad.

"Projek ini dijadual siap pada 2018. Walaubagaimanapun sehingga kini projek ini masih belum dapat diserahkan oleh kontraktor Felcra Berhad," katanya.

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, projek tersebut belum siap kerana pihak kontraktor yang dilantik masih berurusan dengan pihak penguasa tempatan dan menjangkakan hanya akan siap pada suku tahun pertama 2021.

Ahli Parlimen Pasir Salak Hentam Menteri BN

Mengulas lanjut, Tajuddin meminta Abdul Rahman segera membetulkan balik status projek tersebut.

"Saya bagi "warning" (amaran) ini. Saya nak bertanding balik esok," katanya secara berseloroh.

Bagaimanapun, sebagai jawapan balas, Abdul Rahman berkata dia tidak menjangkakan status projek tersebut boleh bertukar menjadi projek komersial.

Namun, katanya dia akan berbincang kembali dengan Felcra dan mencari punca projek itu bertukar status menjadi projek komersial.

"Saya tidak menjangkakan asal yang dicadangkan oleh ahli Parlimen Salak (Tajuddin) adalah projek kos rendah untuk masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Pasir Salak Hentam Menteri BN

"Saya percaya satu penyelesaian boleh diselesaikan. Kita bincang belakang," katanya. - mk



BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA WASSAP DI LINK..



Iklan
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan