Wednesday, 7 October 2020

Senarai Ahli Politik Yang Positif Covid 19

Senarai Ahli Politik Yang Positif Covid 19 | Perkembangan semasa Covid-19 di negara ini mencatatkan tahap terburuk semalam dengan jumlah kes baru adalah yang paling tinggi sejak penularan wabak itu pada Januari lalu.

Beberapa minit selepas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa terdapat 691 kes baru dan 2,936 pesakit yang masih dirawat - Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula ke udara untuk menyampaikan amanatnya berhubung penularan itu.

Ramai yang mempersalahkan ahli politik, yang dituduh tidak mengambil tindakan pencegahan yang secukupnya semasa berkempen pada pilihan raya negeri Sabah dan kemudiannya membawa koronavirus kembali ke negeri masing-masing.

Senarai Ahli Politik Yang Positif Covid 19

Beberapa ahli politik turut dijangkiti wabak tersebut. Malaysiakini menyenaraikan beberapa daripada mereka dan bagaimana mereka boleh terdedah.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Razlan Rafii

Pada awalnya, beberapa akar umbi parti memberi bayangan bahawa Razlan positif Covid-19 dan setelah dihubungi, dia mengesahkan hal tersebut.

Sehari sebelumnya, Razlan memuat naik gambar di Instagram yang memaparkan dia sedang berkempen bagi pilihan raya negeri (PRN) Sabah buat calon BN kawasan Sipitang, Sani Miasin tanpa memakai pelitup muka. Dia kemudian memadam gambar tersebut di akaun media sosialnya.

Pada hari Razlan disahkan positif, negara merekodkan 52 kes baru Covid-19 dan 734 pesakit dalam rawatan.

Kes di Sabah meningkat susulan penularan yang berlaku di penjara Tawau telah merebak di komuniti luar.

Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan

Shahril disahkan positif Covid-19 pada 23 Sept, selepas pulang ke Kuala Lumpur. Dia berkempen di Tawau, Sabah, kawasan penularan terbesar negeri itu.

Susulan itu, Shahril mengambil inisiatif sendiri untuk membuat ujian saringan pada 27 Sept dan dia juga telah memaklumkan masalah kesihatannya secara umum dan membuat permohonan maaf.

Calon BN kawasan Pitas, Sufian Abdul Karim

Sufian adalah calon pertama yang dijangkiti Covid-19. Dia berkempen di Pitas, yang terletak di antara daerah Kudat di utara Sabah.

Sufian mengumumkan hal tersebut menerusi akaun media sosial pada hari pengundian (26 Sept) dan memohon maaf kepada mereka yang berkontak rapat dengannya.

Adun Ayer Limau, Amiruddin Yusof

Amiruddin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 Sept untuk membantu berkempen buat BN di Karambunai, tidak jauh dari Kota Kinabalu, Sabah, pada 25 Sept.

Dia kemudian pulang ke Melaka pada 28 Sept dan pada hari sama KKM menggesa mereka yang pulang dari Sabah melakukan ujian saringan dan akan diberikan tag merah jambu sementara menunggu keputusan.

Anehnya, Amiruddin dilepaskan dari menjalani kuarantin pada 29 Sept dan 30 Sept, dia kemudian melakukan aktiviti harian seperti biasa termasuk hadir di Kompleks Seri Negeri.

Amiruddin kemudian mendakwa Jabatan Kesihatan Alor Gajah telah memberikan maklumat yang salah berhubung masalah kesihatannya.

Amiruddin dipetik sebagai berkata dia telah dihubungi jabatan kesihatan Alor Gajah pada 29 Sept untuk ke hospital bagi memotong tag merah jambu itu selepas keputusannya negatif.

Ahli politik BN itu kemudian berkata pada 30 Sept baru dia dimaklumkan bahawa dirinya positif Covid-19.

Ini menyebabkan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali turut melakukan ujian saringan selepas dia didapati ada kontak rapat dengan Amiruddin.

Senarai Ahli Politik Yang Positif Covid 19

Adun Lunas Azman Nasrudin

Jangkitan Azman mula diketahui selepas 600 pelajar di SK Permatang Janggus Pulau Pinang diminta untuk melakukan ujian saringan Covid-19 susulan terdapat seorang guru positif wabak tersebut. Guru itu merupakan isteri Azman.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, pada hari sama turut mengesahkan bahawa terdapat exco kerajaan negerinya yang dijangkiti wabak tersebut.

Menerusi akaun media sosial Azman, dia telah berkempen buat Perikatan Nasional (PN) di Kalabakan, Sabah di antara 19 hingga 21 Sept.

Dia kemudian ke Kedah untuk mengedarkan kerusi dan meja di sebuah masjid di kawasannya pada 23 Sept.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad

Masrizal dijangkiti wabak tersebut pada 3 Okt selepas dia berkempen di Kota Kinabalu, Sabah.

Antara program yang telah dihadiri adalah gotong-royong pada 25 Sept di pantai Tanjung Lipat Kota Kinabalu untuk berkempen bagi calon BN kawasan Likas Chang Kee Ying.

Dia pada awalnya disahkan negatif Covid-19 pada Okt 1 namun dimasukkan ke Hospital Sg Buloh selepas mempunyai beberapa gejala.

Menteri Agama Zulkifli Mohamad

Zulkifli mengumumkan bahawa dia dijangkiti wabak tersebut menerusi akaun media sosial dan membuat permohonan maaf pada 5 Okt.

Dia telah ke Tuaran, Sabah, pada 24 Sept dan menghadiri beberapa acara awam di negeri itu.

Zulkifli juga telah menyebabkan Muhyiddin, tujuh menteri dan enam timbalan menteri serta ketua pengarah kesihatan terpaksa menjalani kuarantin diri selepas menghadiri mesyuarat Covid-19.

Senarai Ahli Politik Yang Positif Covid 19

Adun Kampung Tunku Lim Yi Wei

Lim mengumumkan dia dijangkiti Covid-19 pada 5 Okt lalu dan membuat permohonan maaf.

Dia berkempen di Bingkor, Sabah dan kembali ke Selangor pada 27 Sept dan susulan itu melakukan ujian saringan.

Ahli politik DAP itu kemudian dihubungi Jabatan Kesihatan Petaling pada 30 Sept dan diberitahu untuk ke hospital untuk memotong tag merah jambu setelah disahkan negatif.

Bagaimanapun, Lim berkata dia mendapati dirinya bergejala dan melakukan ujian saringan kedua. Akhirnya pada 5 Okt, dia dimaklumkan bahawa dia positif Covid-19.

Lim berkata dia telah melakukan kuarantin diri sepanjang tempoh tersebut.

Adun Kota Damansara Shatiri Mansor

Shatiri membuat pengumuman secara awam berhubung masalah kesihatannya menerusi video pada 5 Okt.

Shatiri dan isterinya telah ke Kota Kinabalu, Sabah untuk berkempen buat calon PKR kawasan Api-Api pada 22 Sept lalu.

Dia kemudian tiba di KLIA pada 27 Sept dan melakukan ujian saringan serta melakukan kuarantin kendiri.

Pada 30 Sept, dia dimaklumkan bahawa isterinya positif wabak tersebut dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Dia juga disahkan positif pada 5 Okt. Shatiri berkata kedua-dua mereka telah menjalani kuarantin di rumah sepanjang tempoh menunggu keputusan.

Senarai Ahli Politik Yang Positif Covid 19

Adun Maharani, Nor Hayati Bachok

Nor Hayati telah berkempen buat calon Amanah di kawasan Tanjung Keramat, tidak jauh dari Kota Kinabalu, Sabah.

Dia kemudian pulang dari Sabah pada 26 Sept dan keputusannya negatif.

Nor Hayati dalam satu kenyataan berkata dia tetap meneruskan untuk menjalani kuarantin diri walaupun tiada arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dia mengambil ujian saringan kedua dan didapati positif Covid-19. - mk



BERIKLAN DI WEB ADDIN



Iklan
peluang-jadi-jutawan-jana-income-pendapatan-berganda-di-forsage-simpan-kumpul-dan-gandakan-aset-digital-bitcoin-ethereum
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan