Thursday, 15 October 2020

Punca Umno Bercadang Tarik Sokongan Dari Kerajaan Perikatan Nasional Tersebar

Punca Umno Bercadang Tarik Sokongan Dari Kerajaan Perikatan Nasional Tersebar | Najib Razak menyenaraikan sebab kenapa anggota akar umbi Umno tidak puas hati dan marah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga mendorong mereka mempertimbangkan semula kerjasama.

Najib menulis perkara itu di Facebook, hampir 24 jam selepas Biro Politik Umno membuat keputusan mengejutkan itu, Selasa malam.

Bekas presiden Umno antaranya membangkitkan tindakan PN “meletakkan calon bebas untuk pecahkan undi BN” dalam pilihan raya Sabah baru-baru ini, kenyataan pemimpin Bersatu serta perkongsian kuasa yang dilihat berat sebelah.

Perkara itu, katanya, “terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli Umno”.

Dalam pada itu Najib berkata, pelantikan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai "pengganti" perdana menteri juga kurang disenangi Umno.

Punca Umno Bercadang Tarik Sokongan Dari Kerajaan Perikatan Nasional Tersebar 

"Sebagai contoh, PM adalah dari Bersatu dan pengganti PM iaitu Azmin juga dari Bersatu sekarang.

"Dalam hal ekonomi, menteri kewangan bukan dari BN mahupun PAS. Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun PAS. Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas.

"Malah, tiada seorang pun dari Umno atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid-19,” katanya.

Sebaliknya kata Najib, individu seperti “bos” sebuah media dilantik menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi bersama tiga orang menteri Bersatu.

Kata Najib Umno perlu menegur PN kerana mereka kini bersama dalam kerajaan yang kesannya akan turut terkena pada parti itu.

Tolak cadangan kuarantin wajib

Punca Umno Bercadang Tarik Sokongan Dari Kerajaan Perikatan Nasional Tersebar 

Jelasnya lagi, keengganan kerajaan menerima cadangan menteri kesihatan dari Umno supaya melaksanakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang dari Sabah juga menyebabkan Umno dimarahi rakyat.

"Dari segi pengawalan Covid-19 pula, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menolak cadangan menteri kesihatan dari Umno untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN (pilihan raya negeri)," katanya lagi. - mk



BERIKLAN DI WEB ADDIN



Iklan
peluang-jadi-jutawan-jana-income-pendapatan-berganda-di-forsage-simpan-kumpul-dan-gandakan-aset-digital-bitcoin-ethereum
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan