Saturday, 26 September 2020

Umno Sokong Anwar Sekadar Nak Bubarkan Parlimen

Umno Sokong Anwar Sekadar Nak Bubarkan Parlimen | Malaysia kembali dilanda kemelut politik selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan majoriti parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula mengesahkan "ramai" ahli parlimen partinya kini bersama-sama Anwar dan dia tidak dapat menghalangnya.

Namun, untuk rekod, di bawah Pakatan Harapan (PH) – parti gabungan pimpinan Anwar - sekutunya adalah DAP, yang dilihat merupakan seteru Umno.

Justeru, beberapa pemerhati politik yang dihubungi Malaysiakini menyifatkan kerjasama antara dua parti itu sangat mustahil.

Malah, pensyarah geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Azmi Hassan, menggambarkan kerjasama Umno bersama Anwar mungkin hanyalah untuk memaksa perdana menteri Muhyiddin Yassin supaya membubarkan parlimen.

Umno Sokong Anwar Sekadar Nak Bubarkan Parlimen


“Sokongan beberapa ahli parlimen Umno kepada Anwar bukan bertujuan menjadikan Anwar sebagai perdana menteri tetapi sebagai strategi untuk memaksa Muhyiddin bubar parlimen.

“Amat mustahil Umno bersama DAP untuk menubuhkan gabungan kerajaan baru di bawah pentadbiran Anwar, sebab itu saya menjerumus sokongan ahli parlimen Umno kepada Anwar hanya bertujuan untuk bubar parlimen dan bukan tubuh kerajaan baru,” katanya.

Sejak penubuhan kerajaan pimpinan perdana menteri Muhyiddin Yassin, pemimpin Umno dan BN sudah mula menggesa untuk pilihan raya umum (PRU) 15.

Malah pada 4 Jun lalu, Zahid turut memberi bayangan bahawa partinya sudah bersiap sedia menjelang pilihan raya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Azizuddin Mohd Sani, turut senada dengan Azmi.

“Saya rasa memang itu pun kehendak (Umno bergabung dengan Anwar), untuk segerakan pilihan raya,” katanya.

Jelasnya, sukar untuk membayangkan kerjasama antara DAP dan Umno, namun menurutnya ia tidak mustahil.

“Agak sukar melihat akan ada kerjasama antara Umno dan DAP pada waktu ini. Namun kejutan pernah dilakukan apabila Tun M (Dr Mahathir Mohamad) bekerjasama dengan DAP.

“Jadi tidak lagi mengejutkan kalau Umno boleh bekerjasama dengan DAP pada masa akan datang,” katanya.


Umno Sokong Anwar Sekadar Nak Bubarkan Parlimen


Pensyarah kanan Jabatan Komunikasi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lee Kuok Tiung pula melihat kerjasama antara Umno dan DAP sebagai sesuatu yang sukar terjadi.

“Untuk kerjasama Umno dan DAP ini, kita perlu terima hakikat ada sesetengah perkara itu tidak boleh dicampur dan ia akan larut begitu sahaja.

“Seperti minyak dan air, asid dan alkali, macam itu lah DAP dan Umno,” katanya.

Sebaliknya, Lee melihat kenyataan Anwar sebagai propaganda menjelang PRN Sabah.

Bagaimanapun, Prof Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia pula menambah, masih ada sinar harapan untuk kedua-dua parti itu bekerjasama.

“Kalau PAS dan Umno sudah bermusuhan lama pun boleh bergabung, tiada masalah (Umno dengan DAP).

Umno Sokong Anwar Sekadar Nak Bubarkan Parlimen


“Bagi saya, kerajaan yang ditubuhkan mungkin tidak seperti dulu, yang kukuh dengan gabungan parti yang memang sekutu. Tetapi masih ada harapan jika benar ia berlaku,” katanya lagi.  -mk






Iklan
peluang-jadi-jutawan-jana-income-pendapatan-berganda-di-forsage-simpan-kumpul-dan-gandakan-aset-digital-bitcoin-ethereum
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan