Wednesday, 9 September 2020

Bekas Pembantu Dedah Rahsia Rosmah

Bekas Pembantu Dedah Rahsia Rosmah | Rizal Mansor mendakwa Rosmah Mansor seorang yang amat mementingkan imej dan menyalurkan RM100,000 sebulan untuk pasukan tentera siber bagi menangkis tanggapan negatif.

Perkara itu dinyatakan Rizal, bekas pembantu Rosmah, dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan rasuah kes projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

“Pada 2012, saya telah menubuhkan satu pasukan cyberstoopers atas arahan Datin Seri Rosmah.

“Pasukan yang diuruskan oleh saya ini ditugaskan untuk memantau kandungan-kandungan media sosial yang kritikal atau memberikan persepsi negatif terhadap Datin Seri Rosmah,” dakwanya.

Bekas Pembantu Dedah Rahsia Rosmah


Sebelum itu, pasukan Rosmah memohon mahkamah supaya melarang laporan media dibuat terhadap keterangan Rizal tetapi ditolak oleh hakim Mohammed Zaini Mazlan.

Sementara itu, berkaitan imejnya, Rizal berkata Rosmah sangat mementingkan imej, reputasi dan tanggapan terhadapnya sebagai seorang isteri perdana menteri.

“Datin Seri Rosmah sentiasa mahukan publisiti dan liputan media ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau,” dakwa Rizal.

Rosmah, 68, berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Bekas Pembantu Dedah Rahsia Rosmah


Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal, sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Suria Fotovolta (PV) Hibrid serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel, untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1. 25 bilion dari Kementerian Pendidikan, secara rundingan terus. - mk





Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
peluang-jadi-jutawan-jana-income-pendapatan-berganda-di-forsage-simpan-kumpul-dan-gandakan-aset-digital-bitcoin-ethereum
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan