Monday, 21 September 2020

Anwar Dapat Sokongan Untuk Jadi PM

Anwar Dapat Sokongan Untuk Jadi PM | Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau boleh mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi calon perdana menteri PH.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang sekali lagi mencadangkan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Anwar gagal mendapat sokongan.

"Dia beri pandangan, tak apa kita dengar pandangan tak ada masalah, tapi pandangan dia tidak [...] Dia (DAP) beri laluan kepada (Shafie) kalau saya tak boleh. 

"Jawab saya, saya boleh, inshAllah," tegas Anwar.

Keengganan DAP untuk menggugurkan cadangan Shafie menjadi calon perdana menteri sebagai alternatif kepada Anwar kembali membuka luka lama, terutama kepada PKR.

Anwar Dapat Sokongan Untuk Jadi PM

Sebagai maklum balas segera, Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menggesa DAP memfokuskan pada pilihan raya Sabah, "bukannya berlumba-lumba untuk mematahkan semangat setiakawan."

Lim pertama kali mencadangkan Shafie sebagai calon perdana menteri dalam pertemuan antara DAP, Amanah, Warisan dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang kini bergerak di bawah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Usul itu bertujuan untuk memecahkan kebuntuan antara Anwar dan Mahathir kerana masing-masing tidak dapat menerima antara satu sama lain sebagai calon perdana menteri.

Anwar Dapat Sokongan Untuk Jadi PM

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari selepas Bersatu menarik diri daripada gabungan itu bersama sekumpulan ahli parlimen PKR yang berpaling tadah.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas berjaya membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan sekutu BN, GPS, PAS, PBS dan Star.

Walaupun majoriti Muhyiddin rapuh, PH dan sekutunya masih gagal merebut kembali kekuasaan. - mk





Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
peluang-jadi-jutawan-jana-income-pendapatan-berganda-di-forsage-simpan-kumpul-dan-gandakan-aset-digital-bitcoin-ethereum
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





1 comment:

  1. Tahniah kalau betul terjadi tetapi saya tak yakin is akan berlaku. Saya bimbang takut DSA Akan jadi mangsa komplot yg ada agenda tersembunyi . Saya harap DSA belajar drpd pengalaman lalu.solat istikharah,taubat Dan hajat. Seeloknya diusia ini saudara fokus kpd ibadah ,dekatkan diri dgn Allah
    Biar Nur Izzah shj takeover.She can be a good leader.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan