Wednesday, 12 August 2020

Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut

Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut | Asri Janggut yang mencetuskan kegemparan dengan pendedahan mengenai kegiatan penjualan rokok seludup dan pusat perjudian tanpa lesen baru-baru ini pernah ditawarkan tapak gerai sementara.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan, di sebalik tawaran berkenaan, Asri - atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid - menolaknya.

Kata Mohd Rashidi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan tapak jualan sementara kepada Mohd Asri di Jalan 1A/3 di Bandar Baru Sungai Buloh.

“Namun dia menolak pelawaan yang diberikan oleh pihak MBSA dan meneruskan perniagaan di bahu jalan yang menimbulkan isu keselamatan lalu-lintas sehingga tindakan diambil,” katanya.

Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut


Mohd Rashidi berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengetuai operasi bersepadu menyita beberapa premis yang melanggar peraturan atau tanpa lesen di Bandar Baru Sungai Buloh hari ini.

Ia susulan pendedahan dibuat Asri di media sosial, termasuk membabitkan kegiatan menjual rokok seludup dan pusat judi tanpa lesen.

Asri yang juga peniaga burger tepi jalan mendakwa pihak berkuasa mengambil tindakan berpilih apabila mengenakan kompaun pada perniagaannya namun membiarkan pihak lain terlepas.

Selain itu dia turut mendakwa MBSA dan polis mungkin menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan. Klip video tersebut tular di media sosial.

Setakat ini, empat kakitangan MBSA sudah direman selama tujuh hari bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut. 

Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut


Ditanya mengenai alasan Asri menolak tawaran yang diberi MBSA, Mohd Rashidi enggan mengulas lanjut.

“Kamu kena tanya dia kenapa (enggan terima tawaran berkenaan)” jawabnya ringkas.

Sementara itu, Mohd Rashidi berkata MBSA akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan rasuah tersebut. - mk






Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan