Tuesday, 18 August 2020

Kantoi.. Menteri Tak Patuhi SOP Kuarantin

Seorang ahli parlimen hari ini mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 selepas melakukan lawatan ke luar negara bulan lalu.

Menurut Teresa Kok (PH-Seputeh) Mohd Khairuddin Aman Razali berkunjung ke Turki pada awal Julai namun tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang ke negara ini.

"Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 haribulan dia datang ke parlimen.

"Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang).

"Sekarang ni ada menteri kabinet tak ikut (peraturan yang ditetapkan)," katanya semasa berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen daripada anggota parlimen Kuala Nerus itu berhubung dakwaan Kok.

Ketika ditanya dari mana maklumat berkenaan diperolehi, Kok memberitahu Malaysiakini ia disampaikan oleh sumbernya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan