Wednesday, 5 August 2020

Gambar Letupan Besar Di Beirut Lubnan

Gambar Letupan Besar Di Beirut Lubnan | Kebakaran di sebuah gudang menyimpan bahan letupan di Pelabuhan Beirut menyebabkan satu letupan besar di wilayah itu semalam.

Reuters melaporkan 78 terkorban dan hampir 4,000 cedera dan jumlah itu dijangkan meningkat sementara usaha mengesan dan menyelamat mangsa diteruskan.

Ia dikatakan letupan paling kuat yang pernah didengar di Beirut, yang kini sedang berdepan krisis ekonomi di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Presiden Michel Aoun dipetik sebagai berkata bahawa 2,750 tan ammonium nitrate disimpan selama enam tahun di pelabuhan itu tanpa langkah keselamatan.

Beliau menyifatkan ia sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima" dan memanggil mesyuarat kabinet tergempar hari ini selain mencadangkan darurat untuk dua minggu.

Gambar Letupan Besar Di Beirut Lubnan


Sementara itu, bekas perdana menteri Saad al-Hariri - yang tinggal berhampiran kawasan letupan - dikatakan tidak cedera, menurut laporan awal.

Kediaman Al-Hariri, premis kerajaan, Masjid Mohammad Al-Amin, dan bangunan sekitarnya juga dikatakan mengalami kerosakan besar.

"Kebakaran itu menyebabkan letupan besar yang didengar di ibu kota dan pinggir bandar," kata seorang pegawai rasmi Lubnan yang dipetik Anadolu Agency. 

Gambar Letupan Besar Di Beirut Lubnan












Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan