Monday, 24 August 2020

Di Mana Maruah Menteri?

Di Mana Maruah Menteri? | Dr Dzulkefly Ahmad berkata isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan Covid-19 oleh menteri melibatkan perkara lebih besar, iaitu “maruah”.

“Jika di New Zealand, menteri sudah letak jawatan. Dan ini sudah jadi perhatian rakyat, bukan di PH (saja). 

"Dan rakyat rasa berat sebelah menteri hanya kena (denda) RM1,000.

"Saya rakamkan bahawa jangan cuba provok dengan pulang gaji 4 bulan, ini bukan isunya.

“Soalnya adalah maruah seorang menteri dengan sengaja langgar SOP KKM untuk Covid-19," kata Bekas menteri kesihatan dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Di Mana Maruah Menteri?


Pemimpin kanan Amanah itu berkata demikian ketika ditanya berkaitan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani arahan kuarantin selepas pulang daripada luar negara.

Selepas dikritik hebat, Khairuddin, anggota parlimen Kuala Nerus, memohon maaf dan berkata akan menyumbangkan empat bulan gaji kepada Tabung Covid-19.

Bagaimanapun, banyak pihak, termasuk parlimen pembangkang, menyifatkan sebagai tidak setimpal.

Di Mana Maruah Menteri?


Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga merupakan ahli parlimen Kuala Selangor turut menambah, pemimpin seharusnya menunjukkan teladan yang baik.

"Pemimpin kalau tak mula patuh (SOP) jangan harap rakyat akan patuh kerana melihat pemimpin dengan senang lepas (dari undang-undang)," katanya lagi. - mk





Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan