Friday, 10 July 2020

Umno Dan Bersatu Makin Berantakan.. Ini Petandanya?

Umno terus memberi tekanan terhadap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Latiff Ahmad susulan kenyataannya yang menyifatkan Umno tidak laku di Sabah.

Umno Online memuat naik dua artikel berhubung kenyataan Abdul Latiff, walaupun anggota Parlimen Mersing itu telah membuat permohonan maaf.

Dalam salah satu artikel itu, Umno Online memaparkan surat terbuka ketua Umno bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof yang mengingatkan Abdul Latiff, yang juga bekas ketuanya agar menunaikan janji letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Mersing sebelum melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Sebagaimana dalam ucapan Datuk di Tenggaroh 03, di hadapan ahli-ahli Umno, dua tahun yang lepas sebelum Datuk melompat ke Parti PPBM yang mana Datuk akan meletakkan jawatan dahulu sebagai Ahli Parlimen Mersing kalau Datuk nak melompat, Datuk kena tunaikan,” tegasnya dalam satu surat terbuka kepada Abd Latiff, pada Rabu.

Abdul Latiff semalam mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas kenyataannya yang menyebut "Umno tidak laku di Sabah" yang menurutnya disalah anggap.

Mengulas lanjut, Youzaimi menegaskan Umno adalah parti keramat dan bukan parti yang boleh dijual beli.

Dalam artikel lain, Umno Online turut memuatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Umno Negeri Sabah, Ghazalie Ansing, yang menuntut Abdul Latiff memohon maaf khas secara terbuka kepada ahli-ahli parti itu.

Tegas Ghazalie, dakwaan Abdul Latiff bahawa kenyataannya disalah tafsir adalah satu pembohongan dari mata Umno Sabah.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri ini merupakan kenyataan lisan dan bukan kenyataan bertulis yang boleh disalah tafsir," katanya.

Sebelum ini, Abdul Latiff yang juga pemimpin Bersatu membuat kenyataan dalam sebuah forum terbuka yang kemudian menjadi tular di media sosial.

“Orang Sabah dia tak panggil lompat, dia panggil hijrah. Biasa dari Berjaya ke PBS, PBS pergi Umno.

“Sekarang ini Umno sudah tak lakulah. Umno, maksud saya parti Umno di Sabah. Itu realitinya kerana (orang) tak yakin. Semua yang lompat juga sudah hijrah ke Bersatu,” kata menteri berkenaan.

Untuk rekod, Abdul Latiff ialah antara beberapa bekas ahli parlimen Umno yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu selepas kekalahan BN pada PRU14 lalu.

Sementara itu, aanggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman yang dipetik Sinar Harian berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu kembali kepada Umno bagi memastikan kestabilan politik negara.

Menurut Tajuddin, beliau dan ramai pemimpin Umno yang lain mahu Presiden Bersatu itu menyertai Umno semula dan akan menyokong beliau untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

"Kita mahu dia balik kerana dia pun bekas pemimpin Umno. Kalau boleh baliklah.

"Ia ibarat sirih pulang ke gagang dan kita bagi jaminan, dia masuk kita sokong (jadi perdana menteri). Selepas beliau nanti, mana-mana pemimpin dalam Umno yang sesuai boleh ambil alih dan kita akan sokong mereka pula, " katanya.

Sementara itu, Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad mencadangkan parti Bersatu dibubatkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula Umno.

Saarani berkata penyertaan semula bekas ahli ke dalam Umno bukan sesuatu yang baru memandangkan ia pernah berlaku selepas Parti Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.

"Jika orang Bersatu berjiwa besar, dia pun ada masalah, parti mereka kecil jadi bubar Bersatu, semua ahli Bersatu marilah masuk Umno. Tapi tak boleh pegang jawatan lagilah, kena tunggulah.

"Tahun depan ada pemilihan UMNO bertandinglah. Kalau menang, menanglah,"katanya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan