Saturday, 18 July 2020

Tembelang Muhyiddin Pecah?

Tembelang Muhyiddin Pecah? | Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini menafikan laporan bahawa dirinya ada menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada kepada Presiden Warisan Shafie Apdal.

Katanya, kenyataan itu adalah tidak benar dan semata-mata andaian oleh ketua menteri Sabah itu sahaja.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada beliau pada bulan Mac selepas saya menjadi perdana menteri, seperti yang didakwa.

“Saya menyifatkan kenyataan Shafie Apdal dalam wawancara sama yang menyatakan: ‘Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu’ sebagai tidak benar.

"Kenyataan itu adalah andaian beliau semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, di Putrajaya, hari ini.

Tembelang Muhyiddin Pecah?


Shafie dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada Selasa, 14 Julai lalu menyebut Muhyiddin pernah menawarkan dirinya untuk menyertai kabinet Perikatan Nasional sebagai timbalannya.

"Haha. Cuba anda tanya kepada beliau," katanya dengan nada bergurau ketika ditanya apakah presiden Bersatu, yang menjadi perdana menteri pada bulan Mac itu, telah menawarkan Shafie jawatan timbalan perdana menteri.

Ini selepas Shafie mendedahkan Muhyiddin berhubung dengannya untuk mendapatkan sokongan Warisan supaya dapat memperkuatkan PN.

"Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu," katanya.

Menurut ketua menteri Sabah, Muhyiddin telah menghubunginya kira-kira dua minggu setelah PN berkuasa, mencadangkan pertemuan antara mereka.

Tembelang Muhyiddin Pecah?


"Ketika itu beliau sudah memegang jawatan tersebut (PM), beberapa minggu saya fikir, beliau menghantar SMS kepada saya. Beliau mengatakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk kami bercakap," katanya.

"Itu beberapa waktu yang lalu. Ini melalui pesanan teks," katanya.

Walau bagaimanapun, Shafie berkata beliau lebih berminat untuk membincangkan isu antara kerajaan dengan kerajaan, antara Sabah dan persekutuan, daripada bercakap soal bergabung dengan PN. - mk





Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan