Perikatan Nasional (PN) berjaya menggugurkan speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.
Seramai 111 daripada 222 anggota parlimen mengundi menerima usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin manakala 109 anggota parlimen menolaknya.
Timbalan speaker Rashid Hasnon yang juga anggota parlimen Batu Pahat tidak mengundi kerana mempengerusikan sidang itu.
Pemerhati melihat usul ini sebagai tanda kejayaan Muhyiddin menunjukkan sokongan diterimanya.
Dalam sidang sebelum ini, beliau mempunyai majoriti tipis 113 anggota parlimen. - mk
Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-
Malas nak komen pasal penyamun2 ni
ReplyDelete