Wednesday, 15 July 2020

Politik Sekarang Perlu Banyak Wang Kata Rosmah Mansor

Seorang rakan perniagaan Jepak Holdings Sdn Bhd mendakwa Rosmah Mansor pada awal 2016 memberitahu bahawa "keadaan politik sekarang memang memerlukan banyak wang".

Rayyan Radzwill Abdullah yang merupakan saksi pendakwaan ke-15 kes rasuah Rosmah berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Rayyan memberi keterangan berkenaan dakwaan perbincangan berkaitan "peratusan sumbangan" untuk Rosmah bagi membantu Jepak mendapat projek projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion yang melibatkan 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.

Dalam keterangannya, beliau berkata Rosmah memberitahu perkara itu kepadanya dan pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin dalam satu pertemuan selama sepuluh minit di rumah isteri bekas perdana menteri itu di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur antara Januari dan Februari 2016.

"Saidi telah menawarkan sepuluh peratus daripada nilai projek solar hibrid sebagai sumbangan kepada Datin Seri Rosmah.

"Datin Seri Rosmah kemudian menjawab dengan mengatakan 'keadaan politik sekarang memang memerlukan banyak wang' dan 'kita tengoklah nanti'," dakwanya.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.

Projek itu bernilai RM1.25 bilion dan dianugerahkan kepada Jepak melalui rundingan terus. -mk






Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan