Thursday, 9 July 2020

PM Perlu Berani Kata Nazri Aziz

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu berani mengumumkan bahawa parlimen tidak akan dibubarkan sehingga 2023, kata Anggota Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.

Nazri berkata, selain dapat menyakinkan pelabur asing, cara itu juga membolehkan Muhyiddin memiliki banyak masa untuk menstabsilkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Sekiranya Muhyiddin umum perkara itu, orang akan lihat beliau berani dan mempunyai keyakinan.

"Dengan cara itu, pelabur asing pun boleh datang dan dalam masa tiga tahun beliau boleh kukuhkan PN," katanya seperti dilapor Astro Awani.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan banyak pihak termasuk penganalisis politik bahawa PN masih belum stabil untuk mengadakan pilihan raya mengejut.

Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali berkata PN cukup kriteria untuk mengadakan PRU mengejut pada bila-bila masa kerana telah berjaya menangani krisis kesihatan awam, politik dan ekonomi.

Sin Chew Daily melaporkan Azmin berkata PRU15 boleh diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan.

Pada masa sama, pengerusi Umno negeri dan pesuruhjaya PAS negeri berkumpul sehari sebelum itu bagi pembentukan jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) peringkat negeri, sekali gus ke arah mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRU15 yang dijangka diadakan bila-bila masa.

Muhyiddin sendiri dilihat berdiam diri mengenai sama ada pilihan raya mengejut akan diadakan atau sebaliknya, ketika sesetengah pemimpin dan veretan Umno menunjukkan rasa kurang senang untuk memilih beliau sebagai calon perdana menteri pada PRU15.

Selasa lalu, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri jika pilihan raya mengejut diadakan.

Bagaimanapun, kata Annuar, beliau tidak dapat menyatakan pendirian Muafakat Nasional pada masa "jauh ke depan".

Mengulas lanjut, Nazri berkata, Bersatu yang diketuai Muhyiddin tidak cukup bersedia untuk menghadapi PRU kerana tidak memiliki akar umbi.

"Kalau buat pilihan raya sekarang, dari segi kesiapsiagaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bersedia, kerana mereka tidak ada akar umbi.

"Ambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini baru-baru ini, Bersatu bukan tidak mahu tolong, tetapi mereka tidak ada jentera, bukan hanya di Chini tetapi di seluruh negara.

"Jadi, nak selesaikan perkara ini dan pembahagian kerusi, PM sendiri kena umum tidak ada pilihan raya hingga 2023," kata Nazri. - mk




Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan