Tuesday, 21 July 2020

Kuarantin Wajib Di Stesen Yang Ditentukan Kerajaan

Warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan mulai Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati masih terdapat individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah.

Justeru beliau berkata mereka yang terbabit perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Agensi pengurusan Bencanan Negara (Nadma) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengenal pasti serta mewartakan ILA atau hotel yang bersesuaian sebagai stesen kuarantin," katanya dalam sidang media harian hari ini.

Susulan keputusan itu, beliau berkata warga asing atau rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan.

Semalam, pihak berkuasa kesihatan dilapor sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selepas fotonya tular di media sosial.

Wanita tersebut yang memakai gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan, dilihat makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh.

Ismail berkata kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin di rumah yang boleh menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

"Tindakan mereka ini amat tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun RM1,000 ataupun mendakwa di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan," katanya.





Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan