Tuesday, 16 June 2020

Timbalan Menteri Tidak Tahu Perlantikan Eric Paulsen

Timbalan Menteri Tidak Tahu Perlantikan Eric Paulsen | Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata tiada perbincangan dengan pihaknya dibuat sebelum peguam Eric Paulsen dilantik menganggotai Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Menjelaskan hal itu kepada Malaysiakini petang tadi, Zahidi berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah tidak membincangkan hal itu sebelum mengumumkan pelantikan Paulsen.

"Kita tidak tahu lantikan ini. Timbalan menteri, setiausaha (kementerian) semua tidak dibincang.

"Ini adalah keputusan menteri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu ahli parlimen Padang Besar terbabit diminta mengulas rasa tidak puas hati banyak pihak - termasuk dalam kalangan pemimpin parti Perikatan Nasional - dengan pelantikan Paulsen.

Beberapa pihak mendakwa sikap Paulsen terhadap Islam tidak disenangi selain kenyataan serta pendiriannya berhubung isu LGBT.

Timbalan Menteri Tidak Tahu Perlantikan Eric Paulsen


Hari ini Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan asas dan rasional pelantikan Paulsen oleh Saifuddin. 

"Jika kepakaran dalam perundangan dan hak asasi manusia menjadi sandaran, Pemuda Umno beranggapan ramai lagi tokoh peguam atau aktivis yang sederhana dan lebih memahami batasan kebebasan bersuara yang menyantuni acuan masyarakat timur bertunjangkan prinsip agama dan budaya boleh menjadi pilihan," katanya.

Menteri kena jawab

Semalam beberapa pemimpin PAS turut menggesa agar Saifuddin membatalkan serta-merta pelantikan Paulsen.

Paulsen yang juga wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) adalah seorang daripada 15 anggota MPKM.

Badan itu dipengerusikan Saifuddin sendiri.

Timbalan Menteri Tidak Tahu Perlantikan Eric Paulsen


Pada 2015 Paulsen didakwa membuat kenyataan bahawa khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme.

Paulsen ketika dihubungi semalam enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

“No comment. Lebih baik begitu (untuk tidak memberikan komen),” katanya kepada Malaysiakini.

Zahidi berkata sebarang penjelasan berhubung pelantikan Paulesen perlu didapatkan daripada Saifuddin.

"Kita (KKMM atau timbalan menteri) tidak boleh beri penjelasan. Menteri yang perlu jawab," tambah pemimpin Umno itu.

Timbalan Menteri Tidak Tahu Perlantikan Eric Paulsen


Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Saifuddin berkaitan gesaan tersebut. - mk




Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan