Friday, 12 June 2020

Mahathir Sindir Muhyiddin

Mahathir Sindir Muhyiddin | Di tengah perpecahan berterusan dalam Bersatu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad secara sinis mencetuskan idea untuk membentuk sebuah lagi parti berasaskan Melayu.

Menulis di blognya, Mahathir yang tetap mempertahankan jawatannya sebagai pengerusi Bersatu, secara sinis mengatakan parti baru itu akan dinamakan "Parti Apa Aku Dapat" dan terbuka kepada semua orang Melayu yang belum diberi jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional.

"Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.

"Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu. Nama parti ini ialah Parti AAD atau “Parti Apa Aku Dapat”.

"Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.

Mahathir Sindir Muhyiddin 


"Cara: Melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.

"Jemputan: Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau presiden, timbalan presiden, naib presiden dan lain-lain.

"Yuran: Tidak perlu," tulisnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada dakwaan yang mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan kepada anggota parlimen Umno bagi mendapatkan sokongan mereka.

Tulisan Mahathir itu muncul berikutan spekulasi PH dan sekutunya kini mendapat sokongan lebih ramai anggota parlimen termasuk mereka yang berada dalam kerajaan.

Mahathir dan lima yang lain baru-baru ini memfailkan tindakan mahkamah terhadap Muhyiddin dan tiga yang lain berhubung apa yang mereka dakwa sebagai pemecatan salah daripada parti itu.

Mahathir Sindir Muhyiddin 


Muhyiddin terperangkap dalam kontroversi selepas sebuah laman Facebook yang memihak kepada Mahathir mengeluarkan siri rakaman audio yang dikatakan dirakam pada mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Feb lalu.

Dalam salah satu audio yang bocor, seorang individu yang suaranya mirip Muhyiddin didengar mengatakan bahawa anggota parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika mereka ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Setakat 21 Mei, Malaysiakini melaporkan 82.3 peratus daripada 113 anggota Parlimen PN dilantik dalam kabinet, menjadi timbalan menteri, dilantik dalam GLC mahupun diplomat khas. - mk




Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan