Sunday, 10 May 2020

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Dilanjutkan Sehingga 31 Mei

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Dilanjutkan Sehingga 31 Mei | Kerajaan melanjutkan proses rayuan Bantuan Prihatian Nasional (BPN) bagi membolehkan mereka yang layak tetapi tidak menerima bantuan berkenaan agar membuat rayuan sehingga 31 Mei.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, berkata beliau mendengar keluhan rakyat yang kecewa apabila permohonan mereka ditolak.

Beliau berkata, ada antara mereka yang kehilangan kerja, namun gagal mendapat bantuan berkenaan.

"Mengambil kira semua perkara ini, YB menteri kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

"Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020.


Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 


"Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana- mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan," katanya ketika menyampaikan perutusan yang disiarkan di TV1, hari ini.

Semalam pelbagai rasa tidak puas hati orang ramai yang tidak menerima BPN menjadi tular di media sosial terutama apabila ia membabitkan golongan yang memang terjejas teruk, seperti individu yang diberhentikan kerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kerajaan memperluaskan skim BPN bagu merangkumi peniaga kecil yang mendaftar perniagaan dengan SSM.

Turut meluahkan pandangan sama, Exco Pemuda Armada Bersatu, Muzzammil Ismail yang mahukan kerajaan khususnya LHDN perlu menyemak semula sistem BPN kerana dikhuatiri terdapat masalah teknikal.

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 


Muzzammil berkata ramai yang kecewa apabila permohonan mereka ditolak sedangkan layak untuk menerima BPN.

Semalam, kerajaan meluluskan 2.3 juta permohonan BPN termasuk yang membuat rayuan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, maklumat tidak lengkap, pendapatan melebihi syarat kelayakan antara punca permohonan ditolak.

"Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 


"Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan," katanya.



Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan