Friday, 22 May 2020

Pengertian Hibah Mutlak, Hibah Amanah – Mana Terbaik?


Ramai yang kurang jelas pengertian hibah mutlak dan bezanya dengan hibah amanah walaupun dari segi asasnya kedua hibah ini ialah pemberian dari pemberi hibah kepada penerima hibah.
Jom kita lihat pengertian hibah mutlak itu dulu kerana semua orang tahu.

Pengertian Hibah Mutlak

Hibah mutlak ialah pemberian terus atau serta merta dari pemberi hibah kepada penerima hibah.
Sebagai contohnya, seorang anak menghadiahkan sebuah jam tangan kepada bapanya.
Dalam contoh lain, seorang bapa memberi sebidang tanah kepada anaknya dan pergi ke pejabat tanah untuk memindah milik tanah itu.
Kedua-dua contoh di atas ialah hibah mutlak. Ia melibatkan empat rukun (syarat) iaitu :
  1. Pemberi hibah
  2. Penerima hibah
  3. Harta atau benda yang dihibahkan (diberikan)
  4. Ijab dan kabul – iaitu ada pihak yang menawar dan ada pihak yang menerimanya.

Implikasi Hibah Mutlak

Hibah mutlak ini kesannya serta merta ke atas pemilikan harta itu.
Dalam contoh di atas, apabila si bapa menandatangi borang pindah milik bagi memberi harta itu kepada anaknya, maka anak itu terus mendapat harta itu serta merta tanpa sebarang halangan atau syarat.
Begitu juga pemberi hibah (bapa) ia tidak ada hak ke atas harta itu termasuk faedah-faedah dari harta itu. Jika tanah itu kebun durian, maka bapa itu tidak ada hak ke atas hasil kebun selepas memberi kepada anaknya itu.

Pengertian Hibah Amanah

Macam saya sebut pada permulaan, hibah mutlak dan hibah amanah pada asasnya punya pegertian yang sama – iaitu pemberian daripada seorang kepada seorang.
Yang bezanya ialah hibah amanah ini ada unsur amanah sebelum harta itu bertukar milik daripada pemilik kepada penerima harta hibah.

Bagaimana Deklarasi Hibah Berfungsi

Dalam membuat hibah amanah kita memerlukan dua benda penting, iaitu syarikat amanah dan dokumen Deklarasi Hibah. Pemberi hibah dan penerima sudah tentulah pihak berkepentingan dalam hibah amanah.
Melalui dokumen Deklarasi Hibah, pemberi hibah mengistiharkan ia bersetuju memberi hartanya kepada penerima hibah dan membuat pindah milik harta dibuat selepas kematiannya. Ini kerana pemberi hibah masih pemilik sebenar (legal owner) hartanya itu.
Sepanjang tempoh Deklarasi Hibah itu, pemberi hibah kita panggil pemegang amanah utama, penerima hibah kita panggil benefisiari dan syarikat amanah dipanggil pemegang amanah ganti.
Dalam tempoh Deklarasi Hibah itu, pemilik menjaga hartanya itu atas kapasiti pemegang amanah utama.
Apabila pemilik (pemegang amanah utama) meninggal, pemegang amanah ganti iaitu syarikat amanah akan mengambil alih tanggungjawap pemegang amanah.
Dan seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Hibah dan kuasa yang ada pada syarikat amanah, syarikat amanah ini akan memindah milik harta ini kepada benefisiari yang akan menjadi pemilik baru.
Jadi ini bertepatan dengan pengistiharan pemilik asal memberikan hartanya kepada pihak yang beliau mahukan.

Apa Dia Kekuatan Hibah Amanah Yang Wajib Kita Tahu

Orang yang membuat hibah amanah ini kebanyakannya mahu harta diselesaikan semasa hidup lagi walaupun syarikat amanah akan memindahkan harta kepada penerima hibah selepas kematiannya.
Ini kerana proses pemindahan harta hibah tidak ada kaitan dengan pentadbiran harta pusaka harta yang lain.
Proses pembahagian harta pusaka mungkin makan masa 6 bulan hingga 2 tahun kerana ia melibatkan kerjasama dan persetujuan semua waris, belum kira mereka yang ada dua atau tiga keluarga melalui perkahwinan.
Semoga artikel yang pendek dapat membantu meningkatkan kefahaman akan pengertian hibah.

Hubungi Perancang Harta as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya pembaca ingin membuat hibah amanah dengan as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi saya:
Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta
as-Salihin Trustee Bhd
013-366 1242 atau abdrahaman@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan