Sunday, 3 May 2020

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno | Di sebalik pelbagai kenyataan yang menggambarkan kerjasama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan tidak kukuh, salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat, Muhyiddin Yassin masih boleh kekal sebagai perdana menteri.

Menurut Tajuddin Abdul Rahman, caranya ialah dengan membawa presiden Bersatu itu menyertai Umno - parti yang pernah menyingkirkannya suatu ketika dulu.

Kata Tajuddin dengan cara itu tidak perlu lagi kedua-dua parti bersaing sesama sendiri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, seperti dinyatakan beberapa pemimpin kanan Umno sebelum ini.

"Selagi duduk dalam parti berbeza, selagi itulah kita akan bersaing antara satu sama lain... selagi itu tidak akan bersatu.

"Umno parti yang sudah lama, Muhyiddin pun orang Melayu. Apa perlunya Bersatu? Masuklah Umno, boleh jadi perdana menteri Umno.

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno 


"Kita pelawa, marilah masuk Umno, yang baik-baik mari masuk Umno... saya rasa orang Melayu Umno boleh terima," katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai isu pengagihan kerusi dalam PRU ke-15 nanti memandangkan Umno dan Bersatu kini bekerjasama dalam PN.

Pada masa sama beberapa pemimpin kanan Umno menegaskan, mereka berhasrat mengukuhkan kerjasama hanya dengan Muafakat Nasional yang dibentuk secara rasmi dengan PAS.

Isu itu dihangatkan lagi dengan perkembangan semasa yang menyaksikan Bersatu Johor menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa isu di negeri tersebut, termasuk membabitkan pengagihan jawatan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.

Jelas Tajuddin kerjasama mereka dalam PN adalah berpaksikan kerjasama antara anggota parlimen bagi membentuk kerajaan baru dengan menyingkirkan DAP.

Patut portfolio lebih baik

Katanya, Umno dan Bersatu akan bertembung seperti sebelumnya dalam PRU ke-15 nanti jika tiada sebarang kerjasama kukuh kelak.

Bersatu ialah serpihan Umno yang ditubuhkan oleh Muhyiddin bersama Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini Muhyiddin merupakan timbalan presiden Umno semasa parti itu diketuai Najib Razak.

Pada PRU-14 lalu Bersatu meletakan calonnya di kerusi yang ditandingi oleh calon Umno melalui BN.

Bersatu bertanding sebagai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan berjaya menumbangkan BN untuk membentuk kerajaan pusat serta hampir semua kerajaan negeri.

Bagaimanapun krisis politik menyaksikan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin membuat keputusan meninggalkan PH pada 24 Februari lalu. Bagaimanapun kumpulan Mahathir menolak tindakan tersebut.

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno 


Bersatu kemudian bersama dengan Umno, PAS, GPS, MCA dan MIC membentuk kerajaan PN bagi mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada PH.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata kestabilan politik penting bagi memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan dapat terus bertahan.

Katanya, kerajaan tidak akan stabil jika parti-parti politik dalam kerajaan cuba untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

"Parti-parti dalam PN kena berlaku adil, janganlah cuba melemahkan atau menjatuhkan antara satu parti dan satu parti lain," katanya.

Tambah ahli parlimen Pasir Salak itu, sebab itulah Umno bersuara dalam isu agihan portfolio kementerian yang dilihat tidak kena dengan jumlah kerusi yang dimilik mereka.

Jelasnya, Umno mempunyai pengalaman dalam pentadbiran, dengan kekuatan yang ada seharusnya mendapat portfolio yang lebih baik.

Pemimpin Umno Ajak Muhyiddin Sertai Umno 


Oleh itu katanya, perdana menteri wajar memberi perhatian dan mengambil tindakan berhubung perkara itu. - malaysiakini







Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




1 comment:

  1. Nama saya Elang Endah Saya seorang wanita bisnis di Indonesia dan saya bepergian ke negara lain karena bisnis, saya beberapa waktu yang lalu saya memiliki kemunduran dalam bisnis saya karena seseorang yang saya percayai begitu banyak berbohong kepada saya dan mengambil banyak uang saya. modal dengan harapan mengirimi saya barang. Saya mulai mencari bantuan dan seorang teman memperkenalkan saya ke Arab Credit Group Beberapa bulan yang lalu, saya takut karena cerita yang saya dengar tentang pinjaman online sebelumnya, tetapi saya berkata pada diri sendiri bahwa saya harus mencobanya, setelah menyelesaikan semua persyaratan yang saya miliki. pinjaman sebesar 700jt telah ditransfer kepada saya dan hari ini saya sepenuhnya kembali ke bisnis, jika Anda memiliki tantangan keuangan atau Anda mencari modal untuk memulai bisnis Anda sendiri di sini adalah kesempatan Anda, jika mereka dapat membantu saya tahu mereka akan membantu Anda juga . hubungi Arab Credit Group hari ini dan Anda akan senang melakukannya.

    Detail saya

    nama: Elang Endah
    email: elangendah7@gmail.com

    hubungi Arab Credit Group menggunakan.

    Perusahaan: Arab Credit Group
    Email: Arabcreditgroup@gmail.com

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan