Thursday, 21 May 2020

Pakatan Harapan Tumpu PRU15

Pakatan Harapan Tumpu PRU15 | Beberapa penganalisis politik berpendapat bahawa Pakatan Harapan (PH) seharusnya menumpukan untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang dan bukan berusaha untuk mengambil alih kerajaan.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Jeniri Amir berpendapat tindakan tersebut wajar demi kestabilan negara ketika berhadapan dengan ancaman kegawatan ekonomi serta Covid-19.

“Saya fikir demi kestabilan politik semasa ketika kita berdepan dengan ancaman Covid-19, tak perlulah diganggu Perikatan Nasional (PN). Tumpuan harus diberikan pada PRU-15 dan mereka juga harus menghormati nasihat Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau tak diambil peduli nasihat Agong, ini gambarkan PH betul-betul obses dan gila kuasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, dalam tempoh sebelum menghadapi PRU, PH perlu memperbaiki beberapa isu dalaman parti.


Pakatan Harapan Tumpu PRU15


“PH harus mantapkan kerjasama anggota dalam parti sekarang dan harus dinyatakan secara jelas siapa hendak jadi PM (perdana menteri) nanti, jangan serabut-serabut macam dulu,” katanya lagi.

Kukuhkan perpaduan dalam kalangan parti komponen

Senada dengan Jeniri, bekas pensyarah pusat pengajian sains dan kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Atory Hussain juga menyorot cadangan supaya PH fokus untuk merampas kembali kerajaan pada PRU kelak.

Katanya lagi, merujuk kepada pengalaman beberapa negara, kerajaan yang mempunyai majoriti tipis selalunya diawalkan tempoh pilihan raya tersebut.

“PH harus tunggu sahaja sehingga PRU kerana selalunya, mengikut pengalaman beberapa negara, kerajaan ada majoriti tipis ini, pilihan raya akan diawalkan.

“Baik tumpukan PRU, PH kena baiki manifesto dan kukuhkan perpaduan dalam kalangan PH itu sendiri,” katanya lagi.

Bagi Dr Atory, usul tidak percaya yang dikemukakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kepada penggantinya, Muhyiddin Yassin itu sukar diperjuangkan.

“Kalau terus terang, PH jika nak tumpukan usul tak percaya, bagi saya susah, boleh bincang Julai nanti (pada persidangan Dewan Rakyat) tapi hendak menang susah.

“Dia sebab ibaratnya, kalau polis dan tentera sudah pasang kawat berduri dekat kawasan Selayang, begitu juga Muhyiddin dah pasang kawat berduri dalam kerajaan. Kita tengok dengan keruntuhan beberapa kerajaan negeri PH sekarang. Ini boleh dikatakan strategi Muhyiddin,” katanya.

Pakatan Harapan Tumpu PRU15


Perkara itu turut disokong seorang lagi penganalisis politik yang menggesa agar PH fokus pada PRU akan datang kerana pertukaran kerajaan secara kerap akan menonjolkan negara yang tidak stabil.

“Lebih baik (PH) fokus pada PRU -15 kerana kekerapan tukar kerajaan jelas tonjolkan negara Malaysia yang tak stabil buat serata dunia,” kata Dr Chandra Muzaffar.

Terdahulu Dr Mahathir dilaporkan menghantar satu usul khusus berkenaan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dan ia diterima oleh Speaker Mohamad Ariff Md Yusof.

Bagaimanapun ia tidak dapat dibawa ke sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu kerana sidang tersebut dipendekkan kepada satu agenda, iaitu titah diraja Yang di-Pertuan Agong atas dasar membendung penularan Covid-19- seterusnya menutup ruang bagi usul tersebut dibincangkan.

Bagaimanapun, berdasarkan susunan tempat duduk persidangan Dewan Rakyat, Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti tipis – sejumlah dua- anggota parlimen.

Peluang rebut kerajaan

Berkongsi pandangan berbeza, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata PH masih ada peluang untuk merebut kerajaan melalui usul undi tidak percaya.

Bagaimanapun, katanya, PH harus menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu.

“Kalau mereka hendak fokus pada usul undi tak percaya untuk rampas balik kerajaan boleh, tetapi harus mantapkan beberapa isu dalaman parti. Ini sebab kerajaan PN pun kita lihat masih tak pasti dengan ketiadaan dasar.

“Ini semua terpulang pada PH sekiranya ada keperluan untuk tukar kerajaan dan rasa dapat memulihkan ekonomi negara dalam keadaan krisis ketika ini,” katanya lagi.

Pakatan Harapan Tumpu PRU15


Bagaimanapun, jelas Mohd Azizuddin, sekiranya PH masih lagi goyah diasak beberapa isu dalaman parti, lebih baik tunggu PRU kelak dan berusaha meraih sokongan rakyat terlebih dahulu.

Untuk rekod, kerajaan PH runtuh Februari lalu setelah Muhyiddin membuat keputusan untuk mengeluarkan Bersatu dalam pakatan tersebut dan membentuk gabungan bersama bekas ahli parlimen PKR yang diketuai bekas timbalannya Azmin Ali.

Bersatu kemudian menubuhkan kerajaan PN bersama BN, PAS dan beberapa parti lain.




Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo


Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan