Monday, 4 May 2020

Khaled Nordin Bidas Azmin Ali

Khaled Nordin Bidas Azmin Ali | Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin membidas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebagai tidak kemas dan tidak menyeluruh.

Ini susulan langkah melonggarkan kawalan pergerakan itu tidak diikuti beberapa lagi negeri, walaupun diumumkan kerajaan pusat.

“Adalah sangat penting untuk keputusan sepenting ini di bawa ke perbincangan dengan semua kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua.

“Namun ia jelas tidak dilaksanakan.

Khaled Nordin Bidas Azmin Ali


“Kegagalan ini menunjukkan kelemahan ketara dalam kepimpinan, strategi dan penyelarasan yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Walaupun tidak menyebut nama, Khaled dilihat secara khusus menuding jari kepada Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Mohamed Azmin Ali.

“Satu masalah nyata ialah kegagalan menteri kanan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi berbincang, berunding dan mendapatkan konsensus dari semua kerajaan negeri sebelum keputusan tersebut diumumkan,” katanya.

Beliau juga berkata hubungan kerajaan pusat dengan negeri-negeri dalam persekutuan telah menampakkan the new normal.

Khaled Nordin Bidas Azmin Ali


“Zaman di mana semua kebitaraan adalah pada kerajaan pusat telah berakhir,” katanya.

Lewat petang semalam Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi hari ini (Isnin) dan akan meneruskan PKP. - malaysiakini





Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan