Wednesday, 13 May 2020

Berita Gempar Dari Sidang DUN Melaka

Berita Gempar Dari Sidang DUN Melaka | Persidangan DUN Melaka hari ini bukan saja menyaksikan insiden kontroversi mengenai penggantikan speaker, malah ia turut diwarnai dengan aksi beberapa anggotanya.

'Kemeriahan' bermula seawal persidangan jam 9.30 pagi apabila bekas ketua menteri, Idris Harun (Umno-Sungai Udang) bertikam lidah dengan Speaker Omar Jaafar dan beberapa Adun PH.

Jika itu belum cukup menarik perhatian, ada pula dua wakil rakyat yang bertentangan sisi bertikam lidah.

Ia membabitkan Adun yang selalu menarik perhatian ramai, Norhizam Hassan Bakte (Bebas-Pengkalan Batu) dengan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana).

Perbalahan itu dilihat panas dan hampir membawa pergaduhan fizikal, dengan beberapa perkataan kasar turut dilemparkan.

Dalam kekecohan pertama, Idris bangun - ketika persidangan baru hendak bermula - untuk menghalang Omar yang ingin membaca doa bagi memulakan majlis.

Berita Gempar Dari Sidang DUN Melaka


Sambil memegang Peraturan Tetap DUN, Idris memberitahu bahawa Omar - yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini - tidak layak untuk menjadi speaker.

Speaker berdiri, Adun duduk

Hal itu kerana, kata Idris, PH telah hilang majoriti kerusi dalam DUN, justeru Omar juga tidak lagi wajar kekal sebagai speaker.

Idris kemudian memberitahu agar Omar supaya membenarkan usul undi tidak percaya ke atas beliau dan timbalannya Dr Wong Fort Pin dibahaskan.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang diberikan kepada Malaysiakini, beberapa wakil rakyat di kerusi pembangkang turut menyertai perbalahan tersebut dengan menempelak wakil kerajaan.

Tidak jelas apa yang dikatakan namun kedengaran suara Omar yang menyuruh pengkritiknya untuk duduk.

“.... Bila speaker berdiri, semua tolong duduk!” kata Omar kepada Idris diiringi selingan sorakan wakil pembangkang.

Beberapa Adun PH turut kedengaran memberitahu Idris supaya menghormati Omar sebagai speaker, manakala yang lain pula menggesa agar Omar disingkirkan daripada jawatannya.

Difahamkan bahawa pertelingkahan tersebut berakhir setelah Idris melemparkan naskhah Peraturan Tetap DUN Melaka kepada Omar apabila beliau menangguhkan sidang sehingga ke tarikh lain yang akan dimaklumkan.

“Saya kata beliau tak layak berada di situ. Saya membacakan buku peraturan, tapi tak dibenarkan oleh speaker dan pihak pembangkang.

“Akhirnya kerana suasana tak dikawal, speaker menangguhkan dewan,” kata Idris ketika ditemui pemberita di luar pekarangan dewan Seri Negeri di Ayer Keroh hari ini.

Berita Gempar Dari Sidang DUN Melaka


Idris turut mengakui melempar buku tersebut kepada Omar kerana terlalu marah namun menjelaskan tindakannya itu tidak menghina dewan seperti yang dilakukan Omar.

“Hina dewan ke? Saya kata tindakan speaker itu lebih menghina dewan kerana menolak usul atas kepentingan peribadi.

“Dan tindakan mereka yang menghalang saya daripada bawa usul tu lebih hina daripada saya baling buku dewan,” katanya lagi.

Minggu lalu Omar dilaporkan menolak empat daripada enam usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, termasuk mengenai penggantian speaker dan timbalannya pada persidangan hari ini. 

Sementara itu, ketika Idris dan Omar berbalah - dan disertai wakil kerajaan serta pembangkang - berlaku pertikaman lidah di antara Norhizam dan Low.

Untuk rekod, kedua-dua individu tersebut memang berbalah sejak bulan lalu ekoran masalah politik antara mereka.

Menerusi rakaman video pendek di Facebook, Norhizam dan Low mencabar sesama sendiri untuk bergaduh secara fizikal.

Ia kemudian berubah setelah beberapa kata kejian berulang kali dikeluarkan, termasuk apabila Norhizam menggunakan ungkapan "babi" terhadap Low.

Low pula menggelar Norhizam sebagai "pengkhianat" dipercayai merujuk kepada tindakan bekas exco itu menjadi Adun bebas yang menyokong Umno sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan PH Melaka.

Berita Gempar Dari Sidang DUN Melaka


"Babi! Babi! Babi! Babi!" kata Norhizam sambil menundingkan jarinya kepada Low.

"Kau pengkhianat!" kata Low pula.

Beberapa wakil rakyat lain kemudian dilihat cuba menenangkan Norhizam dan memintanya agar duduk pada hujung klip video berkenaan. - malaysiakini



Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan